- Lain-lain
Wang Yi: China Sokong UAE Anjurkan COP28 di Dubai
Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui Sultan Al Jaber, bakal presiden Mesyuarat PBB tentang Perubahan Iklim (COP28) di Dubai yang juga utusan khas Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi hal ehwal perubahan iklim, di Beijing semalam.
Setelah memperkenalkan konsep dan praktik China dalam pembangunan berterusan, Wang menyatakan China bukan sahaja penyokong aktif malahan juga pengamal yang teguh dalam menangani isu perubahan iklim.
China menyokong UAE menganjurkan COP28 di Dubai, dan bersedia mengekalkan kerjasama yang rapat dengannya.
Sultan Al Jaber pula menyanjung tinggi konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden Xi Jinping dan sumbangan penting diberi China dalam pembangunan berterusan global. Pihaknya berharap bersama-sama China untuk mendorong mesyuarat tersebut mencapai kejayaan yang signifikan.
Pada hari yang sama, Wang juga telah ditemui Paulson, bekas Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), yang menyandang jawatan sebagai Pengerusi Tabung Paulson pada masa sekarang, di Beijing.
Wang berkata, hubungan China-AS yang melesu tidak selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara, harapan masyarakat antarabangsa dan trend pembangunan arus zaman. Oleh itu, AS diharapkan melaksanakan semula dasar yang rasional terhadap China, bertindak pantas dalam mengambil langkah yang substantif, dan bersama pihak China merintis jalan untuk pergaulan secara damai antara dua kuasa besar.
Paulson pula mengalu-alukan AS dan China memulihkan dialog baru-baru ini. Menurut beliau, kedua-dua negara perlu memupuk rasa saling percaya antara satu sama lain. Tabung Paulson akan terus memainkan peranan positif dalam meningkatkan interaksi AS-China.
- Ekspo China-Arab Diserikan Kehadiran Lebih 1,000 Pempamer
- Persidangan Usahawan ke-10 China-Arab Diadakan di Riyadh
- China, Arab Saudi Bina Kilang Plat Tebal Proses Penuh Berkarbon Rendah
- Utusan Khas China Temu Diplomat Negara Arab
- Pemulihan Hubungan Diplomatik Arab Saudi-Iran Dialu-alukan
- Laksanakan Hasil Sidang Kemuncak China-Arab demi Pembangunan Bersama
- Menteri Luar China Bakal Lawat Afrika dan Arab
- Kerjasama China-GCC Lebih Dinamik
- Hubungan UAE, Arab Saudi Kukuh dan Mampan
- Lawatan Xi Berhasil dan Signifikan: Wang Yi