- Lain-lain
Kedutaan Besar Malaysia Beijing Sambut Meriah Hari Sukan Negara Malaysia (4)
Kedutaan Besar Malaysia di China menyambut Hari Sukan Negara, dihadiri mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang menuntut di Beijing dan Tianjin. (Foto ihsan Kedutaan Besar Malaysia di China) |
Kehangatan sambutan Hari Sukan Negara yang disambut setiap tahun pada minggu ke-2 bulan Oktober turut dirasai oleh hampir 300 rakyat Malaysia di Republik Rakyat China yang terdiri daripada para mahasiswa dan mahasiswi Malaysia yang sedang menuntut di universiti-universiti di wilayah Beijing dan wilayah Tianjin, serta para pegawai dan keluarga Kedutaan Besar Malaysia Beijing. Kemeriahan HSN Beijing 2023 turut dikongsikan dengan kehadiran para pelajar antarabangsa yang turut dijemput antaranya dari Kazakhstan, Turmerkistan, Antigua and Barbuda, Filipina, Vietnam dan pelbagai lagi sebagai salah satu inisiatif mendekati atau “outreach” pelajar antarabangsa untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pasca-ijazah pada masa akan datang.
Acara yang dianjurkan oleh Pejabat Education Malaysia Beijing (EMB) dan Persatuan Pelajar Malaysia di Beijing (AMSIB), telah mendapat sokongan penuh dari Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China. Ia telah berlangsung di Kompleks Sukan Beijing Jiaotong University yang turut menjadi rakan strategik penganjuran. Antara rakan strategik lain yang turut terlibat termasuklah MAYCHAM China dan Old Town White Coffee.
HSN Beijing 2023 telah dirasmikan oleh Encik Sanmugan Subramaniam, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di China. Menerusi ucapan perasmiannya, beliau menjelaskan akan kebaikan bersukan dalam melahirkan minda yang cerdas, terutamanya kepada para pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran di perantauan, seterusnya bergraduasi dengan cemerlang. ”Kalah atau menang bukanlah satu ukuran dalam aktiviti sukan kerana ia adalah adat pertandingan. Namun, apa yang saya harapkan adalah kebersamaan kita, iaitu ”O(jiān)ur Togetherness” dalam mengangkat aktiviti sukan sebagai alat pengukuhan perpaduan sesama kita rakyat Malaysia” ujar beliau.
Pelbagai acara sukan dan riadah telah dianjurkan, antaranya zumba, acara larian 100 meter, 200 meter, 400 meter, perlawanan bola sepak, lompat jauh, dan pelbagai acara sukaneka.?
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou