- Lain-lain
Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou (4)
Pada 28 Oktober, pertandingan akhir bola keranjang kampung peringkat kebangsaan dianjurkan di kampung Taipan, provinsi Guizhou. Rombongan wartawan Eurasia yang sedang meninjau di Guizhou turut hadir menyaksikan pertandingan itu bersama ribuan penonton.
Pasukan Kampung Shaxi muncul sebagai juara setelah mengalahkan Pasukan Kampung Dalang dalam perlawanan sengit hampir satu jam setengah.
“Saya tak jangka pertandingan bola keranjang kampung dapat menarik orang ramai. Saya tengok ada penonton dari semua peringkat umur bahkan budak yang baru tiga atau empat tahun,” demikian ulas wartawan Kyrgyzstan, Umatkul Bralkiev.
Yaraslau Danilenka dari Rusia pula berkata, beliau jarang menonton pertandingan bola keranjang, namun pertandingan ini cukup impresif baginya. Bilangan penonton dan suasana yang meriah membuatnya terkejut.
Persatuan Bola Keranjang Kampung merupakan liga bola keranjang di peringkat akar umbi.
Dimaklumkan, sejarah pertandingan bola keranjang di kampung Taipan bermula pada 1936. Penduduk kampung menganjurkan pertandingan bola keranjang ketika Perayaan Chixin iaitu satu pesta tradisional yang disambut etnik-etnik minoriti di barat daya China setiap tahun. Tahun ini pertandingan itu telah dibawa ke kampung-kampung lain di seluruh China, dan muncullah liga tersebut. Gabungan sukan desa dan budaya rakyat telah pun menjadi tumpuan perhatian masyarakat.
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou