- Lain-lain
Tinjauan Umum: 86% Responden Sokong Kembangkan Hubungan China-AS
Hasil tinjauan pendapat umum yang dilakukan secara dalam talian oleh Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) baru-baru ini mendapati, sebanyak 86% responden global berpendapat, mendorong perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) ke arah yang sihat dan stabil tidak boleh hanya bercakap kosong, sebaliknya perlu bertindak pantas melaksanakan pelbagai konsensus yang tercapai oleh pemimpin kedua-dua negara dalam pertemuan di Pulau Bali. Jumlah responden yang memegang pandangan ini meningkat sebanyak 4.1% berbanding tinjauan umum yang dijalankan pada bulan Julai.?
Sebanyak 91.2% responden berpendapat, sikap saling menghormati, mengadakan hubungan yang sama kedudukan serta menghormati kepentingan teras dan keperihatinan utama masing-masing diperlukan untuk memastikan hubungan China-AS berkembang dengan baik. Pada masa yang sama, sebanyak 92% responden berpendapat, hubungan China-AS bukan permainan campur tolak (sama kalah), sebarang percubaan untuk mengubahsuai dan menindas pihak yang lain adalah tidak realistik, dan hak serta kepentingan suatu pihak tidak boleh dirampas demi pembangunan pihak lain.
Difahamkan, tinjauan umum ini dilakukan CGTN dalam lima bahasa yang melibatkan Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia dan mendapat undi dari lebih 10 ribu responden dalam tempoh 24 jam. CGTN telah menjalankan tinjauan umum mengenai hubungan China-AS sebanyak tiga kali yang masing-masing pada bulan Februari, Julai dan November tahun ini, yang merupakan wahana bagi lebih 70 ribu netizen global mengundi dan menyuarakan pandangan.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Xi Balas Surat Presiden Orkestra Philadelphia
- He Lifeng Temui Janet Yellen
- MFA Dedah Butiran Pertemuan Xi, Biden
- Majlis Sambutan Ulang Tahun Lawatan Philadelphia Orchestra Diadakan di Beijing
- Naib PM China Lawat AS Bermula Esok
- Xi Ucapkan Tahniah kepada Persidangan Bandar Persahabatan China-AS
- Wang Yi: Pulihkan Hubungan China-AS yang Sihat dan Stabil
- Presiden Xi Bertemu Gabenor California
- Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS
- Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS