- Lain-lain
Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS
Presiden China, Xi Jinping melalui surat tahniahnya kepada jamuan malam anugerah tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan Amerika Syarikat (AS)-China (NCUSCR) pada Rabu, menyanjung NCUSCR yang selama ini dengan aktif menggerakkan pertukaran dan kerjasama antara China dan AS dalam pelbagai bidang, dan turut menyampaikan tahniah kepada pemenang anugerah terbabit, Dr. Henry Kissinger.
"Sebagai dua negara kuasa besar di dunia, China dan AS boleh atau tidak memilih dan menetapkan pendekatan yang betul untuk mengembangkan hubungan bilateral berkait rapat dengan pembangunan dan kedamaian dunia dan nasib umat manusia."
"China bersedia berdasarkan tiga prinsip iaitu saling menghormati, hidup bersama secara damai dan sama menang melalui kerjasama, mendorong kerjasama yang saling menguntungkan dengan AS, di samping berhemah mengawal perselisihan, menggembleng tenaga untuk mengatasi cabaran sejagat demi kemakmuran dan kesejahteraan kedua-dua negara bahkan dunia," ujar Xi.
Beliau berharap NCUSCR dan kawan-kawan dari pelbagai kalangan terus memberikan perhatian dan menyokong hubungan China-AS, dan memainkan peranan konstruktif dalam menggalakkan hubungan bilateral berkembang dengan sihat dan stabil.
Pada hari yang sama, Presiden AS, Joe Biden juga mengutus surat tahniah kepada majlis anugerah tersebut.
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou
- Meninjau Pusat Media Sukan Asia Hangzhou
- Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS
- Delegasi AS Tiba di Beijing bagi Dialog Ekonomi China-AS Landasan Kedua
- Hubungan Dagangan China, AS Perlu Dimanfaatkan Sepenuhnya: Duta
- PM Li: Hubungan yang Sihat dan Stabil, Kondusif bagi China-AS
- Wang Wentao Temui Setiausaha Perdagangan AS
- Setiausaha Perdagangan AS Bakal Lawat China
- Surat Balas Xi Kepada Persatuan Pertukaran Pelajar dan Belia AS-China
- Xi Temui Henry Kissinger
- Lawatan Setiausaha Perdagangan AS ke China Masih Dibincangkan
- Wang Yi Bertemu Antony Blinken