- Lain-lain
Hubungan Dagangan China, AS Perlu Dimanfaatkan Sepenuhnya: Duta
Jalinan hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dengan Amerika Syarikat (AS) perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai tolak bahara dan baling-baling ke arah memperluas kerjasama yang sama menang.
Demikian ujar Duta China ke AS, Xie Feng ketika berucap pada Forum Perniagaan AS-China kelima anjuran Forbes pada Selasa.
Beliau berkata China dan AS merupakan dua buah entiti ekonomi terbesar dunia, dan juga anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Konfrontasi sesama blok tidak akan melahirkan pemenang, sebaliknya hanya membawa mudarat kepada dunia.
"Bagi kita (China dan AS) kerjasama adalah satu-satunya pilihan yang tepat buat masa ini. Kita harus bersinergi ke arah menghadapi cabaran global, menyumbang kepada keamanan dunia dan berkongsi keuntungan pembangunan," kata beliau.
Beliau turut menegaskan, komuniti perniagaan yang menjadi pihak berkepentingan dalam hubungan China-AS harus terus menyumbang kepada pendalaman kolaborasi dan pertukaran antara kedua-dua negara serta pemantapan hubungan dua hala.
- PM Li: Hubungan yang Sihat dan Stabil, Kondusif bagi China-AS
- Wang Wentao Temui Setiausaha Perdagangan AS
- Setiausaha Perdagangan AS Bakal Lawat China
- Surat Balas Xi Kepada Persatuan Pertukaran Pelajar dan Belia AS-China
- Xi Temui Henry Kissinger
- Lawatan Setiausaha Perdagangan AS ke China Masih Dibincangkan
- Wang Yi Bertemu Antony Blinken
- Utusan Khas Isu Perubahan Iklim AS Bakal Lawat China
- Pertukaran China-AS mengenai Situasi Ekonomi dan Perdagangan
- PM Li Harap AS Sehaluan dengan China Perbaiki Hubungan Bilateral