- Lain-lain
Majlis Perniagaan Iraq-China Ditubuhkan
(CRI)Isnin 27 November 2023
Majlis Perniagaan Iraq-China dilancarkan di Baghdad pada Sabtu sebagai usaha meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara dua negara.
Upacara perasmian dihadiri Menteri Perdagangan Iraq Atheer Al-Ghurairi serta ahli politik, pegawai diplomat dan wakil perusahaan dari kedua-dua negara.
Al-Ghurairi berkata pihaknya berharap mendapat manfaat daripada pengalaman China dalam pembangunan ekonomi.
Hampir 150 perusahaan Iraq dan 55 perusahaan China turut hadir menyaksikan penandatanganan perjanjian kerjasama perdagangan berkenaan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2023 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang