- Lain-lain
Forum Kedamaian dan Persahabatan Basi Diadakan di Sichuan (3)
Melalui mengisahkan legenda panda Basi, Forum Kedamaian dan Persahabatan Basi bertujuan menjelaskan nilai kebudayaan China tentang kedamaian dan persahabatan, menghuraikan arahan Presiden Xi Jinping mengenai tamadun ekologi, di samping membantu dunia luar memahami amalan China yang “sentiasa mengejar pembangunan secara damai dan memacu pembangunan hijau.
Demikian ujar Naib Presiden Persatuan Perhubungan Persahabatan Antarabangsa China (CAIFC), Cheng Guoping ketika menghadiri forum tersebut di bandar Dujiangyan provinsi Sichuan pada Selasa.
Sementara itu, Naib Presiden Kumpulan Media China (CMG), Xing Bo dalam forum anjuran bersama CAIFC dan CMG itu menyampaikan ucapan sebagai berkata, Presiden Xi ketika melawat San Francisco baru-baru ini pernah menyatakan bahawa panda merupakan utusan persahabatan antara rakyat China dan Amerika Syarikat (AS). CMG komited bertugas menceritakan panda, mencatat perlindungan panda dan menyebarkan budaya panda.
Dick Muri, Datuk bandar Steilacoom di Seattle AS pula menyatakan bahawa panda Basi yang diketahui umum telah memainkan peranannya sebagai penyampai rasa cinta rakyat China terhadap kedamaian dan persahabatan, dan pendorong persafahaman dan pertukaran antara rakyat China dengan pelbagai negara lain. Beliau berharap agar merancak pertukaran lawatan antara golongan muda untuk menyumbang kepada perkembangan hubungan bilateral.
Forum yang bertemakan “menjalankan pertukaran lawatan yang bersahabat, berkongsi kedamaian” ini dihadiri kira-kira 200 orang antara termasuk tokoh-tokoh dari AS, Itali, Belgium, Qatar, Maghribi dan Sri Lanka serta pegawai, pakar dan wakil dari pelbagai pihak di Sichuan.
Panda Basi pernah hidup selama 33 tahun di bandar Fuzhou provinsi Fujian China, dan meninggal dunia pada bulan September tahun 2017 sebagai panda yang berumur paling panjang di dunia. Basi perlah dibawa melawat AS atas undangan, imejnya pernah dijadikan ilham untuk mencipta maskot Sukan Asia 1990 di Beijiing, dan video promosi “Basi bersalaman bersama rakyat dunia” pernah disiarkan di Times Square AS.