- Lain-lain
Pengalaman China Beri Sampel kepada Dunia - Seminar Hak Asasi Manusia
Seminar memperingati ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia diadakan di sini, pada Isnin.
Lebih 70 peserta dari dalam dan luar negara berhimpun di sini, mengadakan perbincangan mengenai semangat Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia, pengalaman China dalam pembangunan hak asasi manusia, serta trend perkembangan sejagat dan cabaran yang dihadapi dunia.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia pada 10 Disember 1948.
Para peserta seminar kali ini mengatakan, sebagai salah satu penggubal deklarasi yang signifikan tersebut, China secara aktif menyertai, mempromosi dan mempraktikkan deklarasi terbabit dalam tempoh 75 tahun lalu.
Mereka menyatakan bahawa China meletakkan jaminan hak asasi manusia di tempat keutamaan dalam tadbir urus negara, memasukkan artikel "negara menghormati dan menjamin hak asasi manusia" dalam perlembagaan, dan berjaya mengeluarkan kira-kira 100 juta penduduk di luar bandar dari belenggu kemiskinan.
Pada masa sama, China telah membina sistem pendidikan, jaminan sosial dan kesihatan yang meliputi populasi paling banyak di dunia, mengembangkan demokrasi rakyat seluruh proses, menyempurnakan jaminan perundangan hak asasi manusia, dan aktif menyertai tadbir urus hak asasi manusia global.
Para peserta berpendapat, China mempraktikkan hak asasi manusia dunia dengan tindakan konkritnya sehingga menawarkan 'sampel China' kepada dunia.
- UNHRC Lulus Resolusi mengenai Penggalakkan dan Perlindungan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
- China Dipilih Lagi Anggota UNHRC 2024-2026
- Pembangunan, Kunci Perkasa Hak Asasi: MFA
- Pendirian China tentang Perpaduan Antarabangsa dalam Bidang Hak Asasi
- China Seru Hak Imigran Diberi Perlindungan Berkesan
- Inisiatif China Momentum Pembangunan Hak Asasi Manusia Sejagat
- Xi Seru Hak Asasi Manusia Dinikmati Secara Adil
- Forum Tadbir Urus Hak Asasi Sejagat Bakal Diadakan di Beijing
- China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2022
- China Gesa Hapuskan Rasisme dan Diskriminasi Ras