- Lain-lain
Jepun Digesa Henti Uar-uarkan "Ancaman China"
China menggesa Jepun berhenti menguar-uarkan apa yang dikatakan "ancaman China" yang dijadikan alasannya untuk mempertingkat kekuatan ketenteraan. Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media Khamis.
Institut Pengajian Pertahanan Jepun mengeluarkan satu laporan baru-baru ini yang menyatakan, China telah memperhebat kelengkapan ketenteraan termasuk tenaga nuklear, dan perlawanan antara China dan Rusia dengan Amerika Syarikat akan meruncing pada masa depan, maka Jepun sepatutnya meningkatkan tenaga pertahanannya.
Sehubungan itu, Wang menyatakan bahawa laporan kumpulan pemikir Jepun yang tidak berasas itu tidak sejajar dengan tanggungjawab yang patut dipikulnya. Faktor sejarah merupakan antara sebabnya perkembangan ketenteraan Jepun selalu mendapat perhatian dari masyarakat antarabangsa khususnya negara jirannya di Asia.
Menurut Wang, pada tahun-tahun kebelakangan ini, Jepun telah banyak menambah perbelanjaan ketenteraan dan berniat mengembangkan senjata bersifat menyerang, sehingga membawa kebimbangan besar kepada negara jiran malah masyarakat antarabangsa.
Wang menyatakan, China menggesa Jepun menghormati keprihatinan negara jiran terhadap keselamatan, bersungguh-sungguh mengadakan kaji diri tentang sejarah pencerobohannya, menghentikan lakuan yang mengheboh-hebohkan apa yang dikatakan "ancaman China" untuk tujuan menguatkan tenteranya, dan jangan mengkhianati kepercayaan negara jiran dan masyarakat antarabangsa.