- Lain-lain
China Kekalkan Sokongan kepada Rakyat Asia Barat Teroka Laluan Pembangunan secara Bebas
China konsisten dalam pendirian menyokong rakyat Asia Barat dalam meneroka laluan pembangunan secara bebas.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbing pada sidang akhbar pada Isnin berhubung mesyuarat peringkat Naib Menteri Jawatankuasa Bersama Tiga Hala China-Arab Saudi-Iran pertama yang dirasmikan di Beijing pada 15 Disember.
Menurut Wang, mesyuarat itu menyingkap kembali kemajuan positif yang dicapai dalam hubungan antara Arab Saudi dan Iran sejak termeterainya Perjanjian Beijing dan mengesahkan komitmen terhadap pelaksanaan secara menyeluruh perjanjian tersebut.
"China bersedia terus memainkan peranan konstruktif untuk menyokong peningkatan hubungan Arab Saudi-Iran."
“Pengarah Wang Yi mengadakan pertemuan dengan delegasi dari kedua-dua negara tersebut dan mengemukakan cadangan untuk mengeratkan hubungan Arab Saudi-Iran, iaitu teguh melaksanakan strategi penyelesaian secara damai, menggalakkan proses menambahbaik hubungan dan menolak gangguan dari luar."
“Ketiga-tiga pihak turut mengadakan perbincangan mengenai kerjasama tiga hala dalam pelbagai bidang dan membentangkan pendirian bersama mengenai isu hangat serantau termasuk isu Palestin,” kata Wang.
Wang menegaskan, situasi di Asia Barat menjadi rumit dan serius baru-baru ini.
“Penyelesaian pertikaian dan perselisihan melalui dialog, perundingan dan secara politik terbukti mustahak pada masa kritikal semacam ini. Masa depan Asia Barat perlu sentiasa dipegang di tangan rakyat tempatan."
“China menyokong negara-negara terbabit bersatupadu dan bekerjasama untuk mencari penyelesaian isu keselamatan serantau, selain komited terus menyumbang kepada pewujudan keamanan dan ketenteraman di Asia Barat dan memainkan peranan positif dalam usaha ini,” kata Wang.
- Pertemuan Sulung Pemimpin Arab Saudi, Iran Sejak Pemulihan Ikatan Diplomatik
- Arab Saudi, Iran Tingkatkan Hubungan Demi Keselamatan Serantau
- Iran, Arab Saudi akan Buka Kedutaan dalam Masa Terdekat
- Bahrain, Qatar Pulih Hubungan Diplomatik
- Iran Menyanjung Peranan China yang Konstruktif
- Rundingan Damai Arab Saudi dengan Kumpulan Houthi Dialu-alukan Kerajaan Yaman
- Presiden Syria dan Iran Berhubung Melalui Telefon
- Kumpulan Houthi Yaman Temu Perwakilan dari Arab Saudi dan Oman
- Arab Saudi, Iran Bincang Tatacara Buka Semula Kedutaan
- Menteri Luar Arab Saudi, Iran Adakan Pertemuan Empat Mata