- Lain-lain
Buzzword Rakam Perubahan Hidup Masyarakat China pada 2023 (4)
HAL EHWAL ALAM SEKITAR
Sejak 2013, perkataan "hijau" dan "mampan" telah menjadi antara perkataan trend setiap tahun. Tahun ini, "Hari Ekologi Kebangsaan" juga tersenarai.
Jelas pakar, ini sekali gus bermakna prinsip menghormati dan melindungi alam serta mematuhi hukum alam semakin dipatuhi oleh orang China.
Pada 15 Ogos, China meraikan Hari Ekologi Kebangsaan yang pertama ketika negara bergerak dengan mantap ke arah menunaikan ikrar merealisasikan sasaran kemuncak karbon dan neutral karbon.
Lebih ramai orang telah meningkatkan kesedaran mereka tentang maksud istilah "jejak karbon." Di bandar Shenzhen di selatan China, sejumlah 805,000 isi rumah telah membuka akaun karbon pada aplikasi berkait karbon yang dilancarkan setahun lalu. Ini telah membawa kepada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 12,000 tan setakat ini.
Selain itu, kenderaan tenaga baharu boleh didapati dengan mudah di jalan-jalan bandar di China.
Memetik data Persatuan Pengilang Automobil China, dari Januari dan November 2023, pengeluaran dan jualan kenderaan tenaga baharu di China masing-masing berjaya mencecah 8.43 juta dan 8.30 juta unit, iaitu melonjak 34.5 peratus dan 36.7 peratus tahun ke tahun.