- Lain-lain
China Suarakan Kebimbangan Terhadap Sekatan Cip AS
China menyuarakan kebimbangan serius mengenai sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksport mesin lithografi yang digunakan untuk mengeluarkan cip ke China melalui saluran pihak ketiga.
Menteri Perdagangan China, Wang Wentao menyatakan sedemikian semasa perbincangan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo menerusi telefon pada Khamis.
Wang juga menyatakan kebimbangan China mengenai siasatan AS terhadap rantaian bekalan cip yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi proses matang, serta penindasan yang dikenakan AS ke atas syarikat China.
Dalam perbincangan yang mendalam dan telus mengenai isu ekonomi dan perdagangan yang menjadi keprihatinan masing-masing tersebut, Wang menyatakan, pertemuan antara pemimpin kedua-dua negara di San Francisco, AS telah menggariskan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Kedua-dua pihak dikehendaki memanfaatkan peranan positif mekanisme komunikasi dan pertukaran antara jabatan perdagangan kedua-dua negara untuk mencipta syarat baik bagi kerjasama syarikat kedua-dua pihak.
Selain itu, Wang dan Gina juga membincangkan isu sempadan keselamatan negara antara China dan AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Atas Pembelajaran Bahasa, Tingkat Persahabatan China-Vietnam
- Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar
- AS Dinasihat Pelihara dan Tingkatkan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan dengan China
- AS yang Jejaskan Rantai Bekalan Global Sama dengan Jeret Leher Sendiri
- China Gesa WTO Ketatkan Pengawasan Terhadap Tindakan AS yang Melanggar Peraturan
- China Bantah AS Amalkan Pembulian Teknologi
- China Selar Tindakan AS Pentingkan Diri Sendiri
- EV Buatan Syarikat Asing Dikecualikan dari Subsidi AS
- Akta Cip AS: Makan Tanpa Bayar