- Lain-lain
China, Malaysia Kerjasama Pelihara Warisan Budaya Tidak Ketara (3)
Upacara Songwangchuan diadakan di Melaka. (Foto ihsan China Culture Centre) |
Baru-baru ini, satu acara anjuran Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia bersama Persatuan Penyelidikan Budaya Minnan Xiamen diadakan di Melaka bagi menyambut ulang tahun ketiga lulusnya permohonan bersama China-Malaysia kepada UNESCO bagi status warisan dunia untuk upacara Songwangchuan.
Pelan Tindakan Pemeliharaan Bersama Songwangchuan China-Malaysia turut dimeterai dalam tempoh acara.
Songwangchuan merupakan satu upacara tradisional bagi mendoakan kesejahteraan dan menghalau bencana, yang diamalkan di kawasan Minnan (Selatan Fujian) sejak 600 tahun lalu. Tradisi itu turut dibawa ke Asia Tenggara terutamanya Melaka yang didiami ramai orang Cina.
Pada 17 Dis 2020, UNESCO telah meluluskan permohonan bagi status warisan dunia untuk upacara Songwangchuan yang dikemukakan China bersama Malaysia. Tradisi ini telah menjadi khazanah budaya bersama rakyat kedua-dua negara.