- Lain-lain
Perkara Penting Mengenai TBC (4)
住(zhu)-春聯(lián) (Kuplet TBC)
Umum diketahui bahawa TBC merupakan simbol kepada permulaan yang baharu. Secara tradisinya, rumah adalah tempat yang paling penting bagi orang Cina, jadi menjaga kebersihan dan mengemas adalah bahagian penting dalam persiapan menjelang TBC.
Sama ada vila yang indah atau pondok kampung kecil, matriark dalam sesebuah keluarga akan sentiasa mengetuai kerja-kerja pembersihan rumah secara menyeluruh sebelum TBC.
Ahli keluarga juga akan membantu, memastikan bahawa kotoran dan habuk setahun dibersihkan betul-betul, supaya mengundang masuk nasib baik.
Selepas pembersihan, setiap rumah dihiasi dengan simpulan Cina berwarna merah terang, potongan kertas tingkap, gambar dengan perkataan '福' di tengah, serta tanglung dan kuplet.
Menampal kuplet pada pintu adalah tradisi yang berasal dari Lima Dinasti (907-960), dan terus kekal menjadi aspek budaya Cina. Pada zaman dahulu, masyarakat menggantung dahan pendek dari pokok pic di pintu untuk mengusir roh jahat. Kemudian, dahan-dahan itu digantikan dengan piring kayu yang tertera tulisan Cina, dan kemudiannya menjadi sekeping kertas merah dengan sebaris ayat untuk menyambut Tahun Baharu.
Aktiviti menampal kuplet menjadi permainan sastera yang popular dalam kalangan penutur bahasa Cina. Ia memerlukan ketangkasan lisan dan intelek, manakala penulis pula perlu mahir kaligrafi untuk menjadikan kuplet lebih menarik.
- Meriah Persiapan Menjelang Sambutan TBC di China
- Tarian Naga Dalam Air di Nanjing, Tanda Tibanya TBC
- Kemeriahan Pesta Tanglung Taman Yuyuan Shanghai
- Elemen Naga Jadi Tular Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina
- Kenali Kraf Tangan Naga Buluh Guangxi
- PBB Bakal Keluar Setem TBC 2024
- Karnival Ais dan Salji Longqingxia Beijing Tambah Suasana TBC
- Seluruh China Siap Sedia Sambut TBC