• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pelajar Thailand Ukir Kemenangan dalam Kedinginan Harbin (5)

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 02 Februari 2024
    Pelajar Thailand Ukir Kemenangan dalam Kedinginan Harbin
    Pelajar Kolej Vokasional Saowabha menunjukkan trofi Pertandingan Arca Salji Mahasiswa Antarabangsa ke-16, di Bangkok, Thailand, 22 Januari 2024. (Xinhua/Wang Teng)

    “Di Thailand tak ada salji, tapi kalian mampu mengukir dengan begitu baik,” kenang Sudakan Jardkaew, mengulang kembali pujian yang kedengaran semasa pertandingan di Harbin awal bulan ini.

    Dalam temu bual dengan Xinhua, Sudakan, siswi berusia 18 tahun yang menuntut di Kolej Vokasional Saowabha, dengan gembiranya menceritakan detik yang lekat di ingatan tatkala pengunjung warga China memuji ukiran salji yang dihasilkan pasukannya.

    Melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika Bangkok, Sudakan dan tiga rakan sekelas mencabar kedinginan musim sejuk di timur laut China. Kecekalan membuahkan hasil apabila ukiran mereka memenangi hadiah pertama dalam Pertandingan Arca Salji Mahasiswa Antarabangsa ke-16.

    Mereka antara 57 pasukan dari pelbagai negara dan wilayah yang mengambil bahagian dalam acara tahunan itu, yang dianjurkan oleh Universiti Kejuruteraan Harbin bersama Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin pada 4 hingga 7 Januari.

    Arca yang dinobatkan terbaik, “Tuk Tuk on Tour”, memaparkan lanca automatik ikonik yang padanya terukir hiasan berunsurkan budaya dan tradisi Thai. Jelas Sudakan, setiap sisi arca salji itu mewakili elemen-elemen dari pelbagai kawasan di Thailand.

    Di bawah bimbingan pensyarah mereka Sorachai Chanasuk, 27, pasukan Sudakan berlumba dengan masa untuk membuat persiapan dengan jadual kerja tiga minggu yang begitu padat.

    Sorachai yang sebelumnya tidak pernah membawa pelajar ke pentas pertandingan antarabangsa itu, mengakui bahawa faktor cuaca sememangnya menjadi cabaran.

    “Kami tak pakai baju tebal dan sarung tangan ketika berlatih di Thailand, tapi terpaksa pakai ketika bertanding di Harbin. Susah untuk kami guna alat-alat bertukang dengan berkesan.”

    Walaupun tidak mempunyai pengalaman mengukir salji, pasukan dari Kolej Vokasional Saowabha berjaya mengatasi keadaan dengan menggunakan tanah liat, simen dan kiub ais untuk berlatih mengukir.

    “Kami tak menaruh harapan untuk menang, tapi masih nak lakukan yang terbaik supaya tak kesal di kemudian hari,” ujar Sudakan.

    Dapat ikut sama bertanding dikatakan suatu pengalaman yang membuka mata. “Kami berpeluang berjumpa dan bercakap dengan orang dari China. Seronok betul dapat berbual-bual dengan mereka. Makanan pun berlainan sekali dengan yang kami biasa makan di Thailand. Tak sangka pula makanannya sedap-sedap.”

    Araya Chaichuwong, timbalan pengarah Kolej Vokasional Saowabha, memberitahu bahawa penyertaan mereka didorong oleh hasrat untuk membekalkan pelajar dengan pengalaman yang dapat memberikan inspirasi. Pertukaran budaya yang berlaku bukan sahaja dianggap satu pelaburan dalam pembangunan diri pelajar, tetapi juga sumber kebanggaan bagi institusi pendidikan itu malah seluruh negara.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>