• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Negara ASEAN Destinasi Tumpuan Pelancong China pada TBC

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 21 Februari 2024
    Negara ASEAN Destinasi Tumpuan Pelancong China pada TBC
    Suasana sambutan TBC penuh meriah di Jalan Yaowarat, iaitu Pekan Cina di Bangkok pada hari pertama tahun naga. (Foto ihsan Kedutaan Besar China ke Thailand)

    Menurut statistik platform pelancongan Ctrip, dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini, jumlah pelancong China ke Singapura, Malaysia dan Thailand menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lepas. Suasana perayaan yang cukup meriah dan aktiviti sambutan yang berbagai-bagai macam antara faktor negara-negara tersebut menjadi destinasi hangat di kalangan pelancong China.

    Jumlah Pelancong Lebihi Jangkaan

    Sektor pelancongan negara-negara ASEAN pada tahun 2023 sudah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Menurut data diumumkan Thailand baru-baru ini, jumlah pelancong asing yang dikendalikan negara itu pada tahun 2023 melebihi 28 juta, dengan jumlah pendapatan 1 trilion baht (133.2 bilion ringgit). Sektor pelancongan Thailand pada tahun 2023 telah mencapai matlamat yang dijangkakan, demikian maklum Menteri Pelancongan & Sukan Thailand, Sudawan Wangsupakijkosol.

    Pejabat Perangkaan Am Vietnam pula mengumumkan bahawa jumlah pelancong asing yang mengunjungi negara itu mencatat 12.6 juta pada tahun 2023, melebihi matlamat 8 juta yang ditetapkan awal tahun.

    Laos pula mengendalikan 2.4 juta pelancong asing pada tiga suku pertama tahun lepas, iaitu meningkat 285% tahun ke tahun. Jumlah keseluruhan warga asing yang melawat Laos pada tahun lepas dianggarkan seramai 2.9 juta hingga 3.3 juta.

    Jumlah pelancong asing ke Indonesia pula dianggarkan melebihi 11 juta, buat pertama kali melebihi matlamat yang ditetapkan, maklum Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno.

    Kemboja pula merekodkan 4.9 juta pelancong asing dalam tempoh Januari hingga November tahun lepas, dengan jumlah keseluruhan tahun 2023 dianggarkan mencecah 5.4 juta.

    Gigih Tarik Pelancong China

    Dalam tempoh cuti Tahun Baharu Cina yang baru berlalu, negara-negara ASEAN menjadi destinasi hangat di kalangan pelancong China. Menurut data Alipay, jumlah perbelanjaan pelancong China di Singapura, Malaysia dan Thailand meningkat enam kali ganda berbanding 2023. Antaranya, Thailand teratas, manakala Malaysia mencatat pertumbuhan yang paling tinggi, hasil daripada langkah mengecualikan visa kepada warga China.

    Malaysia mengecualikan visa kepada warga China sejak Disember lalu. China dan Thailand pula menandatangani perjanjian pengecualian visa bersama pada Januari lalu yang akan berkuat kuasa mulai Mac nanti. Hal ini telah membawa kepada peningkatan pesat carian mengenai kedua-dua negara tersebut dalam platform pelancongan China beberapa bulan kebelakangan ini. Indonesia juga berkata pihaknya sedang mempertimbangkan langkah serupa.

    Tempat-tempat seperti lapangan terbang, tarikan pelancong bahkan kafe dan restoran di negara-negara tersebut telah dilengkapkan dengan panduan bahasa Cina.

    Ada juga yang bekerjasama dengan syarikat China untuk memudahkan pelancong China menggunakan e-dompet di negara-negara itu. Setakat ini, sebanyak 68 stesen transit ringan di Bangkok telah menerima Wechat Pay sebagai mod pembayaran.

    Penerbangan antara China dan negara-negara ASEAN pula semakin bertambah. Vietnam Airlines telah membuka penerbangan dari Shanghai ke Pulau Phu Quoc sejak 19 Januari. Thai Airways akan menambah kekerapan penerbangan antara Bangkok dan bandar-bandar raya di China mulai 31 Mac. Penerbangan antara Bangkok dan Kunming, Chengdu akan bertambah kepada tujuh kali seminggu.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>