• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    “Emas” Pulangan Jaga “Warga Berambut Perak”

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 26 Februari 2024

    Siap sahaja tab mandi mudah alih dipasang, tiga orang pembantu mengisi air, menguji suhu, dan membentang tikar tidak licin.

    Lelaki berumur 75 tahun yang menunggu dimandikan, merupakan penduduk Shenyang, ibu provinsi Liaoning di timur laut China. Warga emas ini sudah terlantar sakit di katil selama 10 tahun akibat trombosis serebral.

    Sebelum menggantikan pakaiannya dengan tuala lembut, para pembantu terlebih dahulu memeriksa tekanan darahnya. Selepas selesai segala persiapan, barulah mereka mengangkat orang tua itu dengan usung dan dengan perlahan-lahan meletakkannya di dalam tab mandi.

    Seorang pembantu melayan seorang warga tua di rumahnya di Shenyang, provinsi Liaoning, timur laut China, 17 Jun 2023. (Xinhua)

    Seorang pembantu melayan seorang warga tua di rumahnya di Shenyang, provinsi Liaoning, timur laut China, 17 Jun 2023. (Xinhua)

    Perkara mudah seperti mandi sekalipun, mungkin sukar bahkan berbahaya dilakukan sendirian oleh orang tua dan orang kelainan upaya. Jelas Wu Ying, pembantu mandi berusia 35 tahun yang bekerja di Shenyang, keadaan ini telah menjadikan perkhidmatan bantu mandi sesuatu yang dicari-cari.

    Wu antara orang muda yang semakin ramai bilangannya yang menceburi industri jagaan warga tua. Menurut buku tahunan statistik hal ehwal sivil China (2019-2022), jumlah kakitangan bawah usia 35 tahun yang bekerja di pusat jagaan warga tua telah menampakkan satu peningkatan.

    Data rasmi menunjukkan, bilangan penduduk China yang berumur 60 tahun ke atas telah mencecah 297 juta setakat akhir 2023. Golongan tersebut mewakili 21.1 peratus daripada seluruh populasi negara.

    Berlatarbelakangkan sebuah masyarakat yang menua dengan pesat, China baru-baru ini menerbitkan garis panduan untuk memperkasakan “ekonomi perak”, menumpu kepada aktiviti-aktiviti ekonomi yang khusus membekalkan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan warga tua. Adanya panduan tersebut turut membantu negara bersiap sedia untuk cabaran-cabaran mendatang yang lazimnya timbul dengan populasi yang semakin lanjut usia.

    Garis panduan itu, yang dirumuskan oleh Pejabat Am Dewan Negara, adalah yang pertama dalam bentuk dasar membabitkan “ekonomi perak”. Beberapa kementerian dan jabatan telah mengambil tindakan susulan dengan memperkenalkan langkah-langkah yang berbagai-bagai aspeknya untuk menambah baik kesejahteraan generasi berambut perak.

    Bagi Wu Ying, dia gembira melihat kenaikan ketara dalam permintaan pasaran terhadap khidmat bantu mandi. Dalam masa setengah bulan sebelum Tahun Baharu Cina kali ini, dia dan pembantu-pembantu lain telah memberi khidmat kepada hampir 100 orang pelanggan.

    Pasaran gergasi yang saiznya terus-menerus meningkat telah mencipta peluang pekerjaan untuk generasi muda. Di merata-rata China, komuniti setempat berlumba-lumba untuk membaiki sistem jagaan warga tua, di samping memperbanyak perkhidmatan awam yang berkaitan.

    Misalnya di provinsi Jiangsu yang letaknya di sebelah timur negara, terdapat 2,235 rumah jagaan warga tua yang menyediakan sejumlah 408,000 katil. Provinsi tersebut juga telah menubuhkan 18,000 pusat perkhidmatan peringkat komuniti serta 8,145 kantin warga emas, selain menawarkan jenis-jenis perkhidmatan pintu-ke-pintu kepada 3.3 juta penduduk yang lanjut usia.

    Inisiatif memajukan “ekonomi perak”, tujuannya adalah untuk menyelesaikan keperluan mendesak populasi warga tua hari ini, sepertimana yang ditekankan oleh Dang Junwu, timbalan ketua di sebuah pusat penyelidikan China yang mengkaji isu-isu penuaan.

    Katanya, langkah tersebut juga mewujudkan lebih banyak peluang buat generasi muda untuk merintis keusahawanan dan kerjaya, di samping menjadi persiapan untuk menguruskan masyarakat yang lebih berusia pada masa akan datang.

    Di daerah Sujiatun, Shenyang, Wang Yingqui yang berumur 63 tahun, terkial-kial seorang diri ketika hendak melakukan perkara-perkara mudah seperti bangun dari katil kerana pernah mengalami herniasi pada cakera lumbar.

    Keadaan akhirnya berubah selepas rumahnya diubah suai dalam satu projek berorientasikan warga emas, dan katilnya digantikan dengan katil hospital.

    Wang Yingqiu mengatur kerusi mandi di rumahnya di daerah Sujiatun, Shenyang, provinsi Liaoning, timur laut China, 20 Februari 2024. (Xinhua/Pan Yulong)

    Wang Yingqiu mengatur kerusi mandi di rumahnya di daerah Sujiatun, Shenyang, provinsi Liaoning, timur laut China, 20 Februari 2024. (Xinhua/Pan Yulong)

    “Dengan menarik tuil, saya dapat mengubah posisi untuk bangun sendiri,” kata wanita itu. “Katil ini membawa perubahan besar kepada hidup saya.”

    Seluruh kediamannya yang seluas 40 meter persegi telah diubah suai untuk memenuhi keperluan-keperluannya yang khusus.

    Pereka bentuk yang bertanggungjawab mengubah suai rumah Wang ialah Sun Tong, seorang wanita yang lahir pada tahun 1992, yang dahulunya bekerja sebagai guru tadika.

    “Berbanding pembekal perkhidmatan dari generasi lebih tua, golongan muda yang bekerja dalam industri ini dilatih dengan baik dalam aspek kemahiran menjaga orang tua, psikiatri geriatrik dan sebagainya, dan kerana ini mereka lebih sesuai untuk tugas (menjaga orang tua),” kata Sun.

    Di samping memainkan peranan sebagai penjaga profesional, orang muda juga menyuntik semangat kepada orang tua dalam menjalani kehidupan harian.

    Di pusat perkhidmatan warga emas di bandar Yingkou, provinsi Liaoning, kakitangan seramai 100 orang yang kebanyakannya dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an, menghabiskan cuti Tahun Baharu Cina bersama-sama 382 penghuni pusat tersebut.

    Seorang warga tua berlatih kaligrafi di sebuah pusat perkhidmatan warga emas di Yingkou, provinsi Liaoning, timur laut China, 15 Januari 2024. (Xinhua/Long Lei)

    Seorang warga tua berlatih kaligrafi di sebuah pusat perkhidmatan warga emas di Yingkou, provinsi Liaoning, timur laut China, 15 Januari 2024. (Xinhua/Long Lei)

    Kakitangan muda yang celik teknologi turut berkongsi keseronokan trend video pendek dengan penghuni pusat jagaan. Mereka merakamkan hidup penghuni dan memuat naik video ke platform-platform media sosial.

    “Datuk dan nenek semuanya jadi bersemangat selepas dapat ikut sekali merakam video,” kata Chen Gang, pengarah pusat.

    “Semasa membuat rakaman, semangat orang muda yang mudah sekali berjangkit, menguatkan kemahuan orang tua untuk mengekspresikan diri, bergerak ke sana sini, mendandan diri, dan menantikan kehidupan yang lebih baik.

    “Ini tahun ketiga saya melakukan kerja ini, dan penghuni di sini panggil saya ‘cucu’ atau ‘budak perempuan montel’ setiap kali nampak saya. Melihat mereka gembira, hati saya pun gembira,” ujar kakitangan yang bernama Sun Yuxin, 23, sambil tersenyum lebar.

    “Orang muda membawa semangat muda kepada hidup warga tua, sedangkan populasi warga tua yang semakin ramai pula menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada mereka,” kata Zhang Yan, pengarah institut penyelidikan sosiologi di Akademi Sains Sosial Liaoning.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>