- Lain-lain
Hak Hidup, Pembangunan Jadi Keutamaan: Wang Yi
Menteri Luar China Wang Yi menghadiri segmen peringkat tinggi sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi pautan video pada Isnin, dengan penekanan terhadap perlunya usaha melindungi hak-hak rakyat untuk hidup dan kemajuan diri diprioritikan.
Wang berkata situasi dunia semakin tidak menentu, menyaksikan krisis dan konflik terus memuncak dan defisit dalam tadbir urus hak asasi global bertambah buruk.
Beliau menyeru semua pihak untuk mendahulukan rakyat dan menjaga kepentingan rakyat, yang merupakan asas dan matlamat perjuangan hak asasi manusia.
"Amalan mencampuri urusan dalaman atau mengekang pembangunan negara lain dengan alasan hak asasi mesti ditolak.
"Hendaklah menghormati hak semua negara memilih laluan mereka sendiri ke arah pembangunan hak asasi, di samping meneruskan kerjasama yang saling menguntungkan dan membina konsensus melalui dialog," kata Wang.
Beliau turut menambah, badan hak asasi manusia di PBB harus menjalankan kerja secara adil dan objektif dan mengikut pendekatan yang tidak selektif dan tidak berpolitik.
Badan hak asasi pelbagai hala harus menjadi platform kepada pihak terbabit untuk menjalin kerjasama dan komunikasi, bukan medan pertempuran untuk politik kumpulan atau konfrontasi blok, ujarnya.
- China Konsisten Tingkatkan Jaminan Hak Asasi Manusia
- Wang Yi Hadir Majlis Pembukaan Seminar Hak Asasi Manusia
- Pengalaman China Beri Sampel kepada Dunia - Seminar Hak Asasi Manusia
- UNHRC Lulus Resolusi mengenai Penggalakkan dan Perlindungan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
- China Dipilih Lagi Anggota UNHRC 2024-2026
- Pembangunan, Kunci Perkasa Hak Asasi: MFA
- Pendirian China tentang Perpaduan Antarabangsa dalam Bidang Hak Asasi
- China Seru Hak Imigran Diberi Perlindungan Berkesan
- Inisiatif China Momentum Pembangunan Hak Asasi Manusia Sejagat
- Xi Seru Hak Asasi Manusia Dinikmati Secara Adil