- Lain-lain
Pusat Media Dua Sidang Tahunan Terpenting China Dibuka (2)
Pusat media bagi sesi persidangan legislatif dan politik tahunan China yang akan berlangsung tidak lama lagi, dibuka di Hotel Pusat Media, Beijing, pada Selasa.
Sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 serta sesi kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 masing-masing dijadualkan membuka tirai pada 5 dan 4 Mac.
Menurut pengumuman pusat media, lebih daripada 3,000 orang wartawan telah mendaftarkan diri untuk membuat liputan mengenai dua sesi persidangan itu, termasuk lebih 1,000 dari Hong Kong, Makau, Taiwan, dan dari seberang laut.
Dimaklumkan, dewan taklimat media dan bilik-bilik wawancara sudah pun tersedia untuk aktiviti temu bual yang akan diatur sepanjang tempoh persidangan.
Pusat berkenaan juga akan memanfaatkan kemudahan Internet untuk menawarkan pelbagai khidmat dan sokongan lain untuk melicinkan kerja jurnalis baik tempatan mahupun asing.
Selain itu, versi elektronik bagi dokumen-dokumen hasil acara persidangan utama akan disediakan kepada wartawan, yang bermakna mereka tidak lagi perlu beratur panjang di lokasi untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Bilik-bilik wawancara juga akan dipersiapkan di tempat-tempat penginapan wakil NPC dan anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, bagi memudahkan wartawan bertemu bual dengan mereka.
- Sesi kelapan Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 Bermula Hari Ini
- Sebahagian Draf Undang-undang Diserah ke Jawatankuasa Tetap NPC untuk Dibahas
- Sesi keenam Jawatankuasa Tetap NPC China ke-14 Labuhkan Tirai
- Sesi keenam Jawatankuasa Tetap NPC China ke-14 Labuhkan Tirai
- Xi Tandatangan Perintah Presiden, Lantik Jawatan Penting Kerajaan
- Sesi Pleno ke-5 Sidang Pertama NPC ke-14 Diadakan, Xi Jinping Hadir
- Xi Tandatangan Perintah Presiden, Lantik Li Qiang Sebagai Perdana Menteri
- Xi Jinping Dipilih Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China
- Sidang Pleno Ketiga Sesi Pertama NPC Ke-14 Berlangsung
- Xi Jinping Angkat Sumpah Perlembagaan