- Lain-lain
Jepun Digesa Henti Buang Air Tercemar Nuklear ke Laut
China tegas menentang Jepun meneruskan pelepasan air sisa radioaktif ke laut, dan menuntut negara itu menghentikan kelakuan yang salah.
Bantahan itu disuarakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan Jepun memulakan fasa keempat pelepasan air tercemar nuklear dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut pada Rabu.
Mao berkata, tanpa mempedulikan kebimbangan dan bantahan masyarakat antarabangsa, Jepun telah membuang lebih 23,000 tan air tercemar ke Lautan Pasifik dan mengalihkan risiko pencemaran ke seluruh dunia.
Kelakuan seumpama sangat tidak bertanggungjawab dan membelakangi undang-undang antarabangsa.
Jepun digesa memberi kerjasama sepenuhnya dalam membentuk mekanisme pemantauan antarabangsa bebas yang berkesan dalam jangka panjang dengan penglibatan substantif negara-negara jiran serta pihak berkepentingan lain, bagi mengelakkan akibat yang tidak boleh diubah ekoran pelepasan air sisa berkenaan.
- Jepun Mula Fasa Keempat Lepas Air Sisa Radioaktif
- Jepun Teruskan Pelepasan Air Sisa Radioaktif Esok
- Jepun Teruskan Pelepasan Air Sisa Nuklear Hujung Februari
- Jepun Digesa Ambil Serius Kebimbangan Masyarakat Antarabangsa
- Pusingan Ketiga Pelepasan Air Tercemar Radioaktif Jepun ke Laut Berakhir
- Jepun Mulakan Pelepasan Air Sisa Radioaktif Pusingan Ketiga
- Jepun Digesa Tangani Pelepasan Air Radioaktif Secara Saintifik, Selamat dan Telus
- Dunia Terkesan dalam Air Tercemar Nuklear yang Dibuang Jepun ke Laut
- China Bantah Keras Pelepasan Air Tercemar Nuklear Jepun
- Jepun Mulakan Pusingan Kedua Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut