- Lain-lain
Jepun Digesa Jauhi daripada Faham Ketenteraan
Jepun digesa supaya merenung kembali sejarah pencerobohan dan mengambil tindakan konkrit untuk menjauhi daripada faham ketenteraan bagi mengelakkan negara jiran di Asia dan masyarakat antarabangsa terus hilang kepercayaan kepada negara itu.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian susulan Yasukuni Jinja mengumumkan bekas laksamana Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun, Umio Otsuka akan menyandang ketua pendeta ke-14, jawatan tertinggi Yasukuni Jinja bermula 1 April.
Lin berkata pegawai pertahanan Jepun dilaporkan mengunjungi Yasukuni Jinja tidak lama dulu, dan bekas laksamana buat pertama kalinya memegang jawatan ketua pendeta. Tindakan negatif seumpama sekali lagi menunjukkan sikap salah pihak Jepun terhadap sejarah pencerobohannya, kata beliau.