- Lain-lain
Xi, Burton Saling Ucap Tahniah 20 Tahun Hubungan China-Dominica
Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Komanwel Dominica Sylvanie Burton saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik kedua-dua negara, hari ini.
Xi berkata sejak terjalinnya ikatan diplomatik dua dekad lalu, hubungan China-Dominica mengekalkan perkembangan mantap, menyaksikan rasa saling percaya dipupuk dalam bidang politik makin diperkukuh, kerjasama pragmatik beroleh hasil menggalakkan dan persahabatan sesama rakyat makin dipererat.
Beliau turut menyatakan kesediaan bersama Presiden Burton untuk memperkasa kolaborasi segenap bidang, memantapkan kerjasama berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan melakar masa depan yang lebih indah untuk hubungan dua hala.
Sementara itu, Presiden Burton berkata hubungan kedua-dua negara kekal utuh sekali gus membuahkan banyak hasil.
Negara itu menghargai jalinan persahabatan dengan China serta sokongan dan bantuan dihulurkan negara Tembok Besar.
Menurut beliau, Dominica sudi terus memperdalam kolaborasi saling untung dengan China dan bersama-sama menyahut cabaran global.