- Lain-lain
Beijing Lantang Bantah Siasatan 301 Anjuran Washington
China bersuara lantang membantah siasatan 301 yang dilancarkan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) yang menyasarkan sektor maritim, logistik dan perkapalan China pada Rabu, waktu tempatan.
Menurut keputusan yang dibuat AS dalam beberapa laporan penyelidikan, daya saing sektor perkapalan negaranya terjejas teruk akitbat amalan perlindungan perdagangan yang melampau. Setelah membekalkan subsidi berjumlah ratusan bilion dolar kepada industri domestik, AS turut menuding jari kepada China yang didakwanya mengambil apa yang disebut "langkah tidak selaras dengan hukum pasaran". Sebenarnya, inovasi teknologi dan penglibatan yang aktif dalam persaingan pasaran, barulah penggerak bagi pembangunan perusahaan China. Dakwaan yang dilontarkan Washington sama sekali tidak berasas.
Siasatan 301 dan tarif tambah yang dilancarkan AS terhadap China bermula pentadbiran Trump telah diadili tidak sejajar dengan peraturan, menurut keputusan yang dibuat Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Siasatan 301 yang bermotifkan politik yang menghadapi bantahan dari banyak lagi negara anggota WTO, justeru kesalahan yang dibuat AS secara berulang kali.
Beijing akan terus mengamati perkembangan berkenaan dan bersedia mengambil tindakan seperlunya bagi membela kepentingan sendiri, di samping mendesak Washington menghormati peraturan multilateral, membetulkan kesalahan dan kembali ke sistem perdagangan pelbagai hala.