• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Mahasiswa Indonesia Corakkan Kehidupan Dalam Fesyen

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 April 2024

    Yusuf Maulana Firdaus (depan kanan), pelajar antarabangsa dari Jakarta, Indonesia, bergambar dengan gurunya Huang Yanbing (depan kiri) dalam kalangan model fesyen di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, 17 Jun 2023. (Xinhua)

    Semasa berlangsungnya sebuah pertunjukan sempena graduasi di Universiti Seni Guangxi di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China, para pelajar kelihatan berhenti seketika dek terpesona dengan keindahan lima pakaian perca biru dan putih yang menggabungkan corak batik Indonesia dengan elemen Opera Peking tradisional China.

    Koleksi itu dicipta oleh Yusuf Maulana Firdaus, pelajar antarabangsa dari Jakarta, Indonesia.

    Perjalanan pemuda itu di China bermula pada 2020, apabila dia mula mempelajari reka bentuk watak sebagai pelajar sarjana muda di Universiti Seni Guangxi.

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guangxi telah terlibat secara aktif dalam kerjasama pendidikan dengan negara-negara Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), menjadikannya salah satu wilayah peringkat wilayah dengan bilangan pelajar ASEAN tertinggi yang menuntut di China.

    "Saya lebih suka menghasilkan reka bentuk kostum yang unik atau menonjol dalam persembahan pentas. Semua rekaan akan dibuat sendiri," kata Yusuf.

    Ujarnya, berada di menara gading di China mendedahkannya kepada subjek serta pendekatan baharu dan menarik, daripada solek hinggalah pakaian.

    Menggabungkan budaya China dan Indonesia, fesyen dan gaya soleknya yang unik telah menjadikannya terkenal hanya dalam beberapa tahun, manakala aktivitinya juga telah berpindah dari kampus ke pentas antarabangsa, dengan mengambil bahagian dalam banyak aktiviti pertukaran budaya antara China dan ASEAN.

    "Saya juga mahu menggunakan kebolehan saya untuk mempromosikan pertukaran antara China dan Indonesia, serta antara China dan negara ASEAN. Saya mahu membawa budaya Indonesia ke China, dan apabila saya kembali ke Indonesia dengan kejayaan, saya juga mahu membawa lebih banyak budaya China ke Indonesia," tambah Yusuf.

    Yusuf Maulana Firdaus, pelajar antarabangsa dari Jakarta, Indonesia, mengusahakan projek tahun akhir pengajiannya di sebuah studio di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China selatan, 7 Mac 2024. (Xinhua)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>