- Lain-lain
Xi Sampai Salam Sempena Hari Belia
(CRI)Jumaat 03 Mei 2024
Presiden China Xi Jinping menyampaikan salam kepada golongan muda di seluruh negara sempena sambutan Hari Belia yang jatuh pada 4 Mei.
Xi berkata dalam perjalanan pada era baharu, golongan muda pelbagai etnik tampil menjadi pelopor dan tenaga penting dalam pelbagai bidang termasuk inovasi sains dan teknologi, pembangunan luar bandar, pembangunan hijau, perkhidmatan sosial serta pertahanan negara.
Beliau menitipkan kata-kata galakan supaya golongan berkenaan menggalas tanggungjawab dalam memperjuangkan pemodenan ala China.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang