- Lain-lain
Anjing Polis Robot Pertama di Hubei Jadi Sensai Internet
Biro Keselamatan Awam Yichang di Hubei, tengah China, baru-baru ini mencipta sejarah dengan mengerahkan "anjing polis robot" buat kali pertama di provinsi itu bagi kegunaan praktikal.
Bagi meringankan tugas polis dan meningkatkan keselamatan di kawasan itu, anjing polis robot pertama Hubei tersebut secara rasminya bertugas di bandar Yichang pada 3 Mei.
Menurut laporan The Paper pada Isnin, anjing robot yang bertugas di samping anjing polis sebenar itu ditugaskan untuk meronda, mengenal pasti suspek dan menjalankan kempen anti-penipuan di kawasan pemandangan Empangan Tiga Gaung.
Memetik media tempatan, sebagai anggota baharu di Biro Keselamatan Awam Yichang, anjing robot itu menarik perhatian ramai orang. Dilengkapi dengan dua "mata" besar di belakangnya, ia sentiasa memantau pergerakan orang di sekelilingnya, dan sebarang individu yang mencurigakan akan segera dikesan oleh pasukan pemantaunya.
"Ia mempunyai keupayaan untuk meronda secara sendiri 24 jam setiap hari, sekali gus menjadi pelengkap kepada peranti pemantauan keselamatan tradisional. Ia boleh memasuki di celah-celah orang ramai dan mengenal pasti individu dalam jarak dekat.
"Apabila pegawai polis atau anjing polis letih, anjing robot boleh meronda secara berterusan tanpa gangguan, dan ia boleh menggantikan manusia dalam tugas pelupusan bom dan tetapan berbahaya yang lain," jelas Chen Peng, pengurus besar Syarikat Teknologi Pintar Wuba (Hangzhou).
Hujan lebat pada 3 Mei menyaksikan pegawai polis menjalankan rondaan dalam bangunan, manakala anjing polis robot yang berani itu pula bertugas melakukan rondaan di bahagian luar.
Kecomelan anjing polis robot comel yang sedang kebasahan susulan hujan itu turut mendapat perhatian oleh kanak-kanak tempatan yang datang untuk memayunginya.
Difahamkan bahawa anjing robot itu boleh berfungsi seperti biasa walaupun dalam suhu setinggi 60 darjah Celsius atau serendah negatif 40 darjah Celsius. Justeru, anjing tersebut tidak akan terkesan sekiranya terkena air dalam jumlah sedikit.
Para pelawat turut mengalu-alukan rondaan anjing robot baharu itu. Seorang pelawat bernama Zhang berkata bahawa sesetengah warga emas dan kanak-kanak mungkin takut dengan anjing besar.
"Saya harap kita dapat melihat anjing polis robot di pelbagai tempat menarik di Hubei pada masa hadapan," katanya.
Meskipun anjing polis robot pada masa ini hanya melaksanakan untuk tugas asas, namun ia diyakini mampu menokai lebih banyak keupayaan tidak lama lagi.