• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Duta Besar RI: Siswa Berpotensi Jadi Jambatan Hubungan China-Indonesia

    Oleh: AHMAD SYUKRI AZMI

    Duta Besar Republik Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun

    Duta Besar Republik Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun bertemu bual secara esklusif bersama-sama People’s Daily Online di Beijing pada Selasa. (People's Daily Online/Wang Jing)

    Duta Besar Republik Indonesia ke China, Djauhari Oratmangun berpandangan bahawa pelajar Indonesia di institut pengajian tinggi (IPT) China berpotensi untuk menjadi jambatan kepada hubungan Indonesia-China, serta China-ASEAN pada masa depan.

    Dalam satu wawancara esklusif bersama-sama People’s Daily Online di Beijing pada Selasa, beliau memberitahu bahawa sejumlah besar pelajar Indonesia telah melanjutkan pengajian peringkat tinggi di China dan negara-negara ASEAN lain, serta menyifatkan ia sebagai positif kerana akan memberi peluang kepada pelajar untuk memahami budaya selain bertutur dalam bahasa di negara itu.

    “Kebiasaannya, hubungan bilateral terdapat tiga tonggak iaitu keselamatan dan politik; pembangunan ekonomi; serta hubungan antara rakyat. Justeru, saya percaya sekiranya kita berjaya menguatkan kerjasama antara rakyat, kita pasti akan mempunyai masa depan yang cerah, sekali gus memperkukuh hubungan pada masa kelak.

    “Keselamatan dan politik serta pembangunan ekonomi mempunyai naik turun. Namun, dengan adanya hubungan antara rakyat yang kukuh, lantunan semula akan menjadi lebih pantas,” ujar Djauhari ketika diminta mengulas tentang tema kerjasama China-ASEAN pada tahun ini iaitu ‘Hubungan Antara Rakyat’.

    Harapan Menjelang Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Indonesia ke-75

    Beliau yang sudah berada di China hampir tujuh tahun itu telah menjadi saksi kepada perkembangan dan pengukuhan kerjasama China-Indonesia, serta China-ASEAN.

    Menjelang ulang tahun ke-75 penjalinan hubungan diplomatik antara China dan Indonesia pada tahun depan, Djauhari menzahirkan harapan agar hubungan kedua-dua negara akan terus diperkuat pada tahun-tahun selanjutnya.

    Jelas beliau, hubungan baik antara China dan Indonesia bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah juga ASEAN.

    “Melihat kepada perspektif yang lebih besar, pada tahun 2022 kita (China-ASEAN) telah meningkatkan hubungan dengan menjadi anggota Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Dan dalam tiga tahun kebelakangan ini, ASEAN telah menjadi rakan dagang terbesar bagi China.

    “Sekiranya kita mampu menyesuaikan diri dalam situasi geo-ekonomi dan geo-politik sedang mengalami transformasi ketika ini, kita pasti akan berada dalam kedudukan yang lebih baik,” tambah Djauhari.

    Kerjasama EV dengan China

    Duta besar itu beranggapan bahawa perkembangan berhubung kenderaan elektrik (EV) antara Indonesia dan China sebagai positif, dengan menyifatkan ia sebagai selari dengan komitmen Indonesia iaitu Agenda 2035 (Pengurangan Pelepasan Karbon sebanyak 388 juta tan) serta Agenda 2060 (Pengurangan Pelepasan Karbon sebanyak 1,789 juta tan).

    Menurut Djauhari, komitmen tersebut juga adalah sebahagian daripada usaha mentransformasikan penggunaan kenderaan berasaskan petrol kepada elektrik.

    “Beberapa tahun mutakhir ini, China telah membangunkan EV secara meluas dan kini ia merupakan pengeluar EV nombor satu di dunia.

    “Jadi, kami ingin memantapkan hubungan dengan China dalam pengeluaran EV, serta barisan pemasaran,” ujar beliau lagi sambil menyatakan Indonesia mempunyai bahan seperti nikel iaitu bahan untuk membuat bateri dan pelbagai lagi.

    Djauhari berkata, dengan 40 peratus daripada 280 juta populasi penduduk di Indonesia merupakan kelas menengah, ia sekali gus bermakna Indonesia mempunyai kuasa membeli, serta menyifatkan golongan itu sebagai wadah proses transformasi Indonesia.

    “Bersama-sama dengan China, kami sudah bersedia untuk bersetuju bagi mewujudkan kerjasama dan infrastruktur terhadap infrastruktur fizikal, ekonomi digital dan ekonomi hijau, dengan EV merupakan bahagian penting dalam ekonomi hijau,” jelasnya lanjut.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>