- Lain-lain
Xi Utus Tahniah Perasmian Forum Kerjasama China-GCC
Presiden Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena perasmian Forum China-Negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengenai Kerjasama Perindustrian dan Pelaburan di bandar Xiamen, provinsi Fujian pada Khamis.
Xi berkata Sidang Kemuncak China-GCC pertama yang berjaya diadakan pada 2022 membuka dimensi baharu dalam mengintensifkan kerjasama antara China dengan negara-negara GCC.
Pemerkasaan kolaborasi dalam bidang perindustrian dan pelaburan akan membantu meningkatkan penyelarasan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan serta wawasan negara-negara GCC.
Ia juga kondusif untuk kedua-dua pihak memanfaatkan kelebihan yang saling melengkapi, bersinergi memupuk momentum pembangunan baharu dan menjana kemakmuran bersama.
Beliau turut menyuarakan kesediaan China bersinergi dengan negara-negara GCC untuk menggalakkan perpaduan dan mempergiat kerjasama ke arah melakar lembaran baharu hubungan China-GCC.