- Lain-lain
China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
Presiden China, Xi Jinping dan Raja Bahrain, Hamad bin Isa Al Khalifa mengumumkan penubuhan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara pada Jumaat.
Pengumuman itu dibuat dalam perbincangan antara Presiden Xi dengan Raja Hamad yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China dan untuk menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing.
China bersedia untuk mengukuhkan kerjasama dengan Bahrain dalam bidang tenaga, pelaburan, pengangkutan, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital, dan melakar lebih banyak pencapaian dalam pembinaan bersama yang berkualiti tinggi di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan.
Xi mencadangkan kedua-dua pihak meningkatkan komunikasi dalam bidang sosiobudaya dan pertukaran dari segi keanggotaan, mengukuhkan asas persahabatan rakyat China-Bahrain.
Raja Hamad pula bertitah, Bahrain berpegang kepada prinsip satu-China dan menyokong penyatuan semula China secara damai.
Pihaknya bersedia untuk bekerjasama dengan China untuk memastikan rakyat dari pelbagai negara menikmati hak yang sama dari segi sara hidup dan pembangunan.
Selain itu, Bahrain juga bersedia untuk bekerjasama dengan China untuk mendorong Perjanjian Perdagangan Bebas Majlis Kerjasama Teluk-China dicapai seawal mungkin, dan membina komuniti berkongsi nasib Arab-China yang menuju ke era baharu.
- China Sedia Rapatkan Hubungan dengan Negara Arab
- Pertemuan Wang Yi dengan Para Hadirin Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Arab
- Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
- Xi Balas Surat Pelajar "Projek Seratus Sekolah" di UAE
- Pemimpin Negara Bahrain, Mesir, Tunisia, UAE Akan Lawat China
- Xi Bakal Hadir Perasmian Mesyuarat Menteri ke-10 CASCF
- Bina Komuniti Berkongsi China-Arab Bertaraf Lebih Tinggi, Kata Xi
- China, Arab Saudi Bersedia Eratkan Komunikasi Dorong Pelaksanaan 'Pelan Dua Negara'
- Xi, Saied Saling Ucap Tahniah 60 Tahun Hubungan China-Tunisia
- China Tandatangani Dokumen Kerjasama BRI dengan Semua Negara Arab dan Liga Arab