• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    788 Artifak dari Mesir Purba Dipamerkan di Muzium Shanghai

    Pengunjung menerokai acara pratonton pameran ‘Di atas Piramid: Peradaban Mesir Purba’ di Muzium Shanghai. (Foto Chen Xia/GlobalTimes)

    Pengunjung menerokai acara pratonton pameran ‘Di atas Piramid: Peradaban Mesir Purba’ di Muzium Shanghai. (Foto Chen Xia/GlobalTimes)

    Di dalam dewan pameran nan gelap berwarna biru tua di dalam Muzium Shanghai, pengunjung seolah-olah merasai tiupan angin sepoi-sepoi dari Sungai Nil.

    Bermula Jumaat ini, pameran ‘Di atas Piramid: Peradaban Mesir Purba’ akan berlangsung di Muzium Shanghai dan akan berakhir pada 17 Ogos tahun depan. Ia akan memberikan peluang kepada pengunjung China untuk menyasikan sendiri sejumlah 788 artifak zaman Mesir purba dari zaman yang berbeza termasuk patung firaun dan keranda dalaman antropoid dan barang-barang kemas yang terdiri daripada emas.

    Menurut pihak muzium, lebih daripada 95 peratus barang pameran tersebut buat pertama kalinya dipamerkan di rantau Asia.

    Dianjurkan secara bersama oleh Muzium Shanghai dan Majlis Tertinggi Barangan Purbakala Mesir, pameran tersebut merupakan hasil kerjasama daripada kerajaan China dan Mesir serta institusi-institusi muzium.

    Pengarah Muzium Shanghai, Chu Xiaobo ketika diwawancara Global Times semasa acara pratonton pada Selasa berkata beliau berasa sangat teruja sambil memberitahu bahawa ia merupakan kali pertama China dan Mesir selaku peradaban tertua di dunia mengadakan pertukaran budaya antara kedua-dua negara dalam bentuk pameran.

    Bahagian utama pameran itu yang dinamakan ‘Bumi Firaun,’ disifatkan Chu sebagai sejarah ringkas tamadun Mesir purba.

    Katanya, kira-kira 500 artifak dipamerkan di bahagian tersebut, sekali gus mencipta perjalanan sepanjang 3,000 tahun yang mempamerkan kosmologi Mesir purba, kesucian monarki, bangsawan, kemahiran artisan, gaya hidup celik huruf, kepercayaan agama dan adat pengebumian.

    Ketua kurator pameran itu, Yan Haiying berkata banyak barang pameran di situ merupakan jendela kepada penubuhan perintah dan pemerintahan di Mesir purba, yang juga disertai dengan kelahiran mitos tempatan.

    Selain daripada pameran Mesir purba, bahagian tersebut juga akan mempamerkan beberapa artifak China purba yang mempunyai banyak persamaan dengan peninggalan Mesir dari segi bentuk, reka bentuk atau penggunaan.

    Memetik kenyataan Chu, dua daripada empat tamadun purba dunia iaitu tamadun Mesir purba dan China mempunyai banyak persamaan dari sudut sejarah.

    “Oleh itu, kami memilih beberapa barang pameran China untuk menjadi sebahagian daripada pameran itu, dengan harapan pengunjung dapat melihat secara dekat pembelajaran bersama antara tamadun, melalui ‘dialog’ yang jelas antara peninggalan budaya kedua-dua negara,” katanya.

    Selain daripada melihat pameran, pengunjung juga boleh mencuba ekspedisi VR (realiti maya) iaitu The Horizon of Khufu untuk mengalami tamadun Mesir purba dengan cara yang lebih menarik dan mengasyikkan.

    "Dengan memakai set kepala VR, ekspedisi selama 45 minit itu membolehkan penggunanya 'berjalan' melalui bilik Piramid Besar Giza, dan 'berdiri' di atas piramid untuk menghadap ke seluruh Dataran Giza," ujar Sun Qingjie, petugas projek VR kepada Global Times.

    "Bagi pengunjung, ia akan menjadi pengalaman baharu meneroka Mesir purba yang menggabungkan maya dan realiti," tambahnya.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>