- Lain-lain
Buah Import Cerminan Keterbukaan (4)
Nilai import buah-buahan China bagi 2023 menokok sebanyak 15 peratus dari tahun ke tahun dengan mencecah USD16.85 bilion, didorong oleh pelbagai insentif dari segi dasar serta perkhidmatan logistik yang lebih cekap.
Sempena ketibaan musim buah-buahan di Asia Tenggara, buah segar dari negara berkenaan dihantar ke China hampir setiap hari menerusi landasan kereta api China-Laos.
Statistik menunjukkan kumulatif hantaran kargo rentas sempadan menerusi rel itu melepasi 2.48 juta tan sejak awal tahun ini, antaranya termasuk lebih 82,000 tan buah-buahan yang diimport negara Tembok Besar.
Berkat urusan pelepasan kastam yang dipermudah serta pembangunan platform e-dagang dan sistem logistik sejuk beku rentas sempadan, penghantaran buah-buahan dari luar negara dapat dikendalikan secara lebih efisien dengan kos logistik lebih rendah.
- Bunga Peony Shandong Dieksport ke Luar Negara
- Guangxi Catat Peningkatan Import, Eksport Buah Segar
- Eksport Xinjiang ke Lima Negara Asia Tengah Terbanyak di China
- Import Eksport Xinjiang dengan Negara Terlibat BRI Meningkat Lebih 60%
- Import Eksport Kargo dan Perkhidmatan China bagi Bulan Jun RMB3.9147 Trilion
- Import Eksport Xinjiang Melambung