- Lain-lain
Laporan Kumpulan Pemikir Huraikan Langkah China Perkasakan Pembaharuan
Kumpulan pemikir dari China, Rusia, Kanada dan India mengeluarkan laporan yang disusun bersama pada Isnin, menghuraikan keazaman tegas China dalam memperkasakan pembaharuan dan pintu terbuka.
Laporan pengajian itu bertajuk “Mengatasi Kesukaran: Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif dan Proses Keterbukaan Bertaraf Tinggi di China pada Era Baharu, Prospek China 2029 dan 2035”.
Ia merumuskan langkah-langkah China untuk meningkatkan pembaharuan dan mengatasi kesukaran sejak Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China (PKC) sebagai dalam enam kategori, iaitu menghapuskan kemiskinan, meningkatkan keterbukaan, mengurangkan pencemaran, memerangi rasuah, menentang hegemoni, dan mengatasi krisis.
Laporan itu berpendapat, langkah China dalam enam kategori tersebut telah mencapai hasil yang memberangsangkan, sementara misi meningkatkan pembaharuan dan mengatasi kesukaran di China mencapai kemajuan besar.
Laporan itu akan membantu masyarakat antarabangsa lebih memahami isyarat penting yang dikeluarkan sidang pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC yang diadakan baru-baru ini.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Pembaharuan Bandar Beri Nafas Baharu Buat Chongqing
- Pembaharuan Secara Komprehensif di China Bawa Peluang Baharu kepada Dunia
- PKC Buat Aturan Strategik Pemerkasaan Pembaharuan
- Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC Tegaskan Sasaran Perkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Suruhanjaya Pusat Pemerkasaan Pembaharuan