- Lain-lain
China Sedia Promosi Peredaan Situasi di Asia Barat
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan juga Menteri Luar, Wang Yi dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Hal Ehwal Perantau Jordan, Ayman Safadi bertukar-tukar pendapat tentang situasi di Asia Barat melalui telefon pada Selasa.
Safadi berkata, situasi di Asia Barat amat berbahaya berikutan pembunuhan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh.
Beliau menyeru masyarakat antarabangsa bertindak segera untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza dan penubuhan negara Palestin melalui "Penyelesaian Dua Negara".
Sementara itu, menurut Safadi, China berpendirian objektif dan adil dalam isu konflik Palestin-Israel. Jordan bersedia mengekalkan komunikasi dengan China, berharap dan yakin China akan memainkan peranan yang lebih penting untuk menamatkan perang di rantau itu.
Wang Yi menyatakan, China menentang dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pembunuhan kerana ia membelakangi norma asas hubungan antarabangsa, menceroboh kedaulatan Iran dan menjejaskan proses rundingan gencatan senjata di Gaza.
Beliau menekankan bahawa China akan terus berdiri di sebelah negara-negara Arab, menyokong segala usaha demi mewujudkan gencatan senjata yang berkekalan di Gaza, mengelakkan konflik dan konfrontasi daripada menjadi lebih meruncing dan meredakan situasi di Asia Barat dengan secepat mungkin.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami