• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Bandar di Timur China Laksanakan Langkah Jimat Tenaga

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 08 Ogos 2024

    (Foto: VCG)

    (Foto: VCG)

    Ekoran situasi panas terik, beberapa bandar di China mengambil pendekatan untuk menjimatkan penggunaan tenaga seperti memberhentikan lampu-lampu landskap yang tidak penting buat sementara waktu, mengubah jadual pengeluaran industri bagi mengelak waktu puncak, dan menggalakkan penggunaan peralatan cekap tenaga.

    Agensi berita Global Times melaporkan bahawa mulai awal bulan ini, ibu kota Provinsi Zhejiang di timur China iaitu Hangzhou telah mengalami gelombang ketiga suhu tinggi pada tahun ini, mendahului rekod penggunaan elektrik yang tinggi.

    Pada Selasa, pihak berkuasa tempatan mengumumkan bahawa bandar itu telah menggantung pertunjukkan lampu serta penggunaan lampu yang tidak penting dari Isnin hingga Jumaat. Turut sama mengeluarkan cadangan bagi penjimatan tenaga adalah Nanjing di Provinsi Jiangsu dan Hefei di Provinsi Anhui.

    Pusat Meteorologi Kebangsaan China pada Rabu terus mengeluarkan amaran jingga (sistem amaran kedua suhu tinggi) berikutan beberapa kawasan di seluruh negara terus mengalami panas terik, dengan beberapa tempat di Anhui, Jiangsu dan Zhejiang mencatatkan suhu melebihi 40 darjah Celsius.

    Menurut pihak berkuasa Nanjing, syarikat perindustrian diminta supaya mengoptimumkan jadual pengeluaran secara saintifik dan mengelakkan pengeluaran semasa waktu puncak, serta digalakkan untuk menggunakan produk dan peralatan cekap tenaga yang mematuhi piawaian kebangsaan.

    Di Zhejiang, pihak berkuasa telah mengarahkan agensi kerajaan dan institusi awam supaya mematikan elektrik untuk peralatan pejabat yang tidak digunakan, menetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 26 darjah Celsius, mematikan lampu dan peralatan elektronik ketika meninggalkan rumah serta menggunakan tangga berbanding lif bagi yang tinggal di tingkat tiga dan ke bawah.

    Difahamkan, bandar-bandar di China sedang mempercepat tranformasi hijau dan karbon rendah.

    Memetik laporan Global Times, Syarikat Tenaga Elektrik Perbandaran Shanghai Grid Kebangsaan menyatakan bahawa output jana kuasa puncak bagi tenaga boleh baharu di grid tenaga Shanghai telah melebihi 3 juta kilowat buat pertama kalinya pada 28 Julai dengan mencapai kemuncak 3.1 juta kilowat.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>