- Lain-lain
Panas Terik, Basikal Kongsi Pakai ‘Kusyen Nyaman’ di Hangzhou
Foto bertarikh 22 Julai 2024 ini memaparkan beberapa buah basikal kongsi yang memakai ‘kot kalis matahari’ disamping basikal lain di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China. (Xinhua/Lin Guangyao) |
Di Hangzhou, jumlah basikal kongsi yang memakai ‘kot kalis matahari’ semakin bertambah susulan suhu cuaca panas yang mencapai sehingga 40 darjah Celsius. ‘Kot kalis matahari’ tersebut juga mempunyai beberapa nama popular lain seperti ‘kusyen anti panas’ dan ‘perjalanan nyaman’ yang dicetak di bahagian belakang kusyen.
Hong Lianjie, pegawai di Biro Pelaksanaan Undang-undang Pentadbiran Komprehensif Hangzhou berkata bahawa kusyen nyaman itu diperbuat daripada bahan polimer yang memberikan kesejukan fizikal secara sifat tenaga menerusi pantulan cahaya matahari dan ciri-ciri penebat habanya sendiri.
“Suhu di permukaan tempat duduk basikal mampu melebihi 60 darjah Celsius selepas terdedah kepada matahari. Namun, dilengkapi dengan ‘kusyen nyaman’, ia boleh mengurangkan kepanasan sehingga 20 darjah Celsius,” ujarnya lagi.
Pemasangan ‘kusyen nyaman’ dilihat memenuhi keperluan pengguna basikal kongsi apabila jumlah tempahan pada musim panas telah meningkat, dan pada masa sama turut mengurangkan pelepasan karbon, lapor agensi berita Xinhua.
Pada akhir Julai, hampir 80,000 basikal kongsi di Hangzhou dicatat menggunakan ‘kusyen nyaman’.
Selain Hangzhou, basikal kongsi di beberapa bandar lain termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Chengdu dan Xi’an turut sama melancarkan penggunaan ‘kusyen nyaman’, sekali gus menggalakkan perjalanan musim panas yang nyaman, serta membina bandar yang hijau, rendah karbon dan mesra alam sekitar.
Foto bertarikh 22 Julai 2024 ini memperlihatkan sebuah basikal kongsi yang memakai ‘kot kalis matahari’ di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China. (Xinhua/Lin Guangyao)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami