- Lain-lain
Perkongsian Produktif ASEAN-China Jadi Model Hubungan Antarabangsa
Wakil hadirin mengambil foto berkumpulan semasa majlis perasmian Minggu ASEAN-China (ACW) 2024 yang berlangsung di Changzhi, Provinsi Shanxi. Foto ihsan Pusat ASEAN-China (ACC)
Majlis perasmian Minggu ASEAN-China (ACW) 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Changzhi, Provinsi Shanxi pada 12 Ogos yang dianjurkan secara bersama oleh Pusat ASEAN-China (ACC) dan kerajaan tempatan Shanxi.
Kira-kira 300 pegawai kanan kerajaan, utusan diplomatik, wakil media, pemimpin perniagaan serta komuniti belia dari kedua-dua negara ASEAN dan China menyertai acara itu.
Setiausaha Agung Pusat ASEAN-China, Shi Zhongjun menyampaikan ucapan perasmian Minggu ASEAN-China 2024 pada 12 Ogos di Changzhi, Provinsi Shanxi. Foto ihsan Pusat ASEAN-China (ACC)
Setiausaha Agung ACC, Shi Zhongjun yang juga pengerusi majlis itu dalam ucapan perasmiannya menekankan bahawa hubungan yang utuh dan berkekalan antara ASEAN dan China telah menghasilkan hubungan ekonomi yang kukuh, pertukaran budaya dan perkongsian strategik yang komprehensif.
Tegasnya, perkongsian ASEAN-China yang produktif dan makmur saling berkaitan dengan kestabilan serantau, pemulihan ekonomi global, pembangunan mampan dan menjadi model kepada hubungan antarabangsa.
Gabenor Provinsi Shanxi, Jin Xiangjun menyampaikan ucapannya pada majlis perasmian Minggu ASEAN-China 2024 pada 12 Ogos di Changzhi, Provinsi Shanxi. Foto ihsan Pusat ASEAN-China (ACC)
Gabenor Provinsi Shanxi, Jin Xiangjun dalam ucapannya telah mencadangkan supaya kerjasama ASEAN-China dapat dipertingkatkan lagi khususnya dalam budaya dan pelancongan, pendidikan dan latihan bakat, pertukaran rakyat dengan rakyat, serta perdagangan dan pelaburan.
Naib Presiden Dewan Negara Laos, Khambay Damlath menyampaikan ucapannya pada majlis perasmian Minggu ASEAN-China 2024 pada 12 Ogos di Changzhi, Provinsi Shanxi. Foto ihsan Pusat ASEAN-China (ACC)
Sementara itu, Naib Presiden Dewan Negara Lao, Khambay Damlath memuji peranan penting ACW2024, terutamanya sumbangan cemerlangnya kepada inovasi dan teknologi hijau.
Beliau berkata, pencapaian luar biasa dalam kerjasama praktikal ASEAN-China menggalakkan Laos memberikan sumbangan sewajarnya kepada pembinaan Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-China, dan menegakkan prinsip kesaksamaan dalam menjamin kerjasama yang saling menguntungkan.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Kerjasama China-Brunei: Raikan Kejayaan Lalu, Buka Lembaran Baharu
- Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Diadakan di Vientiane
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- Mesyuarat Pegawai Kanan China-ASEAN Ke-30 Dijadualkan di Jakarta
- Hubungan ASEAN-China Semakin Baik: Laporan Kumpulan Pemikir Singapura
- Bulan Budaya China-ASEAN Pertama Dirasmikan
- Wang Yi Temui Setiausaha Agung ASEAN
- Komuniti ASEAN Semakin Kukuh, Berperanan Lebih Signifikan pada Peringkat Global
- Faham Hubungan China-ASEAN, Golongan Muda Mampu Rapatkan Perbezaan Serantau
- Minggu ASEAN-China 2023 Berlangsung di Fuzhou