- Lain-lain
Seychelles Hargai Bantuan Kapal Hospital "Peace Ark", Kata Presiden Ramkalawan
Seychelles mengalu-alukan kehadiran kapal hospital "Peace Ark" milik Tentera Laut China untuk menyediakan bantuan perubatan kepada rakyat tempatan, kata Presiden Seychelles Wavel Ramkalawan.
Difahamkan, kapal hospital itu telah memberikan perkhidmatan diagnosis dan rawatan kepada lebih 4,000 rakyat Seychelles semasa lawatan kira-kira seminggu di negara itu pada bulan lepas.
“Ramai penduduk tempatan menerima cadangan diagnosis daripada ahli perubatan China, dikenal pasti punca penyakit, malah ada sesetengah pesakit telah menjalani pembedahan,” kata Ramkalawan dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Ketika diminta mengulas mengenai Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Presiden Seychelles itu menganggap ia sebagai satu inisiatif yang baik, justeru Seychelles juga antara salah satu anggotanya.
Menurutnya, Seychelles telah memperoleh banyak manfaat daripada BRI.
“China tidak pernah berlagak sebagai negara besar dengan mengenakan kehendaknya ke atas kami yang merupakan negara paling kecil di Afrika, sebaliknya menjalankan kerjasama saling menghormati.
“Dalam pergaulan dengan China, kami mengadakan dialog dan komunikasi dengan duduk bersama,” ujar Ramkalawan.
Beliau menganggap kerjasama dalam rangka BRI mempunyai masa depan cerah dan dapat berterusan, yang dicipta dengan semua pihak terlibat dengan berganding tangan.
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Pakistan Boleh Ambil Contoh dari Pembangunan China - PM Shehbaz
- China Mahu Tingkatkan Kerjasama BRI, Berkualiti Lebih Tinggi
- Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan Praktik Penting BRI
- Pasaran Padi Hibrid Berkembang di Asia
- Data NBS: Dagangan China, Negara BRI Tumbuh 5.5%
- Sumbangan China terhadap Pembangunan dan Kemakmuran Dunia Mengagumkan: PM Antigua dan Barbuda
- Operasi Laluan Kereta Api China-Laos Genap Setahun
- Syarikat China Bina RTS Sambungkan Malaysia dengan Singapura
- Perkapalan Belayar melalui "Pengangkutan Laut Laluan Sutera" Catat 14,101 Perjalanan
- Hantaran Kargo Rel China-Laos Meningkat 94.91 Peratus