- Lain-lain
"China Travel" Tular Berikutan Peningkatan Jumlah Pengembara Asing ke China
(Jia Tianyong/China News Service)
"China Travel" menjadi tular di media sosial pada musim panas ini apabila hantaran sejumlah blogger asing ketika melancong di negara Tembok Besar mendapat tontonan melebihi satu bilion.
Menurut statistik terkini Jabatan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) pada Isnin, jumlah pengembara asing yang memasuki China mencecah 17.25 juta pada tujuh bulan pertama tahun ini, meningkat 129.9 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, pintu-pintu keluar masuk di seluruh China menyaksikan pergerakan rentas sempadan berjumlah 341 juta, naik 62.34 peratus, selain mengeluarkan sebanyak 846,000 visa yang melambung 182.9 peratus.
Untuk memudahkan kemasukan pengembara asing, China telah memperkenalkan lebih 110 dasar dan langkah antaranya termasuk pengecualian visa, transit tanpa visa, dan kelulusan visa di pintu masuk.
Peningkatan jumlah kemasukan pengembara asing turut merancakkan pasaran pelancongan tempatan, dan ia dijangka menjana penggunaan berjumlah lebih RMB100 bilion (RM61 bilion) pada tujuh bulan pertama tahun ini.
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?