- Lain-lain
AS Didesak Hentikan Hasutan di LCS
Langkah yang diambil China dalam membela kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim setelah kapal Pengawal Pantai Filipina (PCG) menyerbu secara melulu ke perairan terumbu Xianbin di kepulauan Nansha, adalah rasional, sah dan sama sekali tidak boleh dipertikaikan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media Selasa.
Menurut beliau, sebagai pihak yang tidak terkait secara langsung dalam isu Laut China Selatan (LCS), Amerika Syarikat (AS) tidak berhak melibatkan diri dalam masalah antara Filipina dengan China, tidak boleh mencabul kedaulatan dan menjejaskan kepentingan China di perairan berkenaan dengan berdalih "Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina".
Washington didesak menghentikan hasutannya, yang dilihat boleh menjadikan kestabilan serantau terjejas dan meruncingkan lagi ketegangan.
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?