- Lain-lain
Prestasi Tren Kargo China-Eropah Kekal Mantap di Xinjiang
Sebuah tren yang sarat dengan muatan antaranya barang keperluan harian, alat ganti kenderaan dan peralatan mekanikal bertolak dari Khorgos, Xinjiang menuju ke Lodz, Poland pada Selasa, menyaksikan jumlah pergerakan tren kargo China-Eropah (Asia Tengah) yang melalui wilayah Xinjiang melebihi angka 10,000 sejak awal tahun ini.
Sasaran itu dicapai 20 hari lebih awal berbanding prestasi direkod pada tahun lepas, sekali gus menyumbang kepada kestabilan rantaian bekalan dan perindustrian antarabangsa dan menyuntik dorongan baharu kepada dagangan China-Eropah.
Permintaan pengangkutan kargo rentas sempadan di Xinjiang terus meningkat berikutan perdagangan luar wilayah di barat daya China itu mengekalkan momentum pertumbuhan mantap.
Sejak Julai, pihak-pihak berkuasa tempatan mengambil pelbagai langkah untuk mengoptimumkan operasi tren kargo China-Eropah dan menambah baik perkhidmatan berkaitan.
Jumlah larian tren kargo yang melalui dua pintu keluar masuk di Xinjiang iaitu Alashankou dan Khorgos mencatatkan pertumbuhan mantap, yang turut menyumbang kepada pembangunan berkualiti ekonomi wilayah itu.
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Kereta Api Pengangkut China-Eropah Miliki Peluang Pembangunan Besar
- Perdagangan, Pelancongan, Pacu Momentum Pertumbuhan Ekonomi China
- Genap 10 Tahun Beroperasi, Rel Kargo China-Eropah (Wuhan) Catat Jumlah Nilai Penghantaran RMB98.2 Bilion
- Tren Kargo Bawa Produk China ke Pasaran Dunia
- Prestasi Tren Kargo China-Eropah Kekal Mampan
- Kereta Api Kargo China-Eropah Hantar 317,000 TEU dalam Dua Bulan
- Bortala, Xinjiang: Pemacu Integrasi Industri
- Laluan Penerbangan Kargo Kashgar-Cologne Dibuka
- Kereta Api Pengangkut JSQ Pertama Chongqing-Eropah Berlepas
- Lebih 100,000 TEU Dihantar melalui Rel Kargo Xiamen-Eropah