- Lain-lain
China, Bhutan Bincangkan Isu Persempadanan
Mesyuarat Kumpulan Pakar (EGM) ke-14 mengenai Sempadan China-Bhutan diadakan di Thimphu, Bhutan pada 20 hingga 22 Ogos lalu.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Lautan Kementerian Luar China yang juga ketua kumpulan pakar China, Hong Liang, dan Setiausaha Sempadan Antarabangsa Bhutan yang juta ketua kumpulan Bhutan, Letho Tobdhen Tangbi.
Kedua-dua pihak mengimbau kembali kemajuan yang dicapai dalam rundingan sempadan pada beberapa tahun kebelakangan ini dan mengadakan perbincangan dalam suasana yang mesra, terus terang dan bersifat membina mengenai isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama.
Semasa berlangsungnya EGM itu, kedua-dua pihak juga membincangkan pelaksanaan Perjanjian Kerjasama mengenai Tanggungjawab dan Fungsi Pasukan Teknikal Bersama (JTT) mengenai Persempadanan China-Bhutan dalam mesyuarat JTT kedua.
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Ekspo China-Asia Selatan Jana Nilai Kontrak Memuaskan
- China Mahu Tingkatkan Kerjasama dengan Asia Selatan
- President Sri Lanka Ditemui Ketua Bandar Chongqing
- Projek Terowong Bawah Sungai Selesai di Bangladesh
- China, Negara Asia Selatan Maju Bersama
- Sesi Tonton Dokumentari “China, Perjalanan Baharu” Diadakan di Bangladesh
- Xi Utus Kawat Tahniah kepada Ekspo China-Asia Selatan ke-6