• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    “Black Myth: Wukong” Bawa Pemain Kembara Jauh Lewati Dunia Barat

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 23 Ogos 2024

    Berbaju zirah emas dengan tongkat ajaib berapi di tangan, Si Dia yang Ditakdirkan, Raja Monyet (Monkey King) gagah mengorak langkah memulakan pengembaraan yang menakjubkan lagi menggentarkan, di alam samawi “Black Myth: Wukong”.

    Dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia pada Selasa, “Black Myth: Wukong” permainan video yang cukup dinanti-nantikan, diilhamkan oleh hikayat China purba “Pengembaraan ke Barat”. Pelancaran ini satu batu tanda penting bagi pembangun permainan video China dalam menceburi sebuah pasaran yang sekian lama didominasi oleh judul AAA keluaran Barat.

    Imej tak bertarikh yang disediakan oleh Game Science ini memaparkan sang Raja Monyet (Monkey King) atau Sun Wukong, salah satu watak paling ikonik dalam dunia fiksyen global, dalam permainan video “Black Myth: Wukong.” (Xinhua)

    Imej tak bertarikh yang disediakan oleh Game Science ini memaparkan sang Raja Monyet (Monkey King) atau Sun Wukong, salah satu watak paling ikonik dalam dunia fiksyen global, dalam permainan video “Black Myth: Wukong.” (Foto/Xinhua)

    Dibangunkan oleh Game Science, permainan video ini tersedia untuk berbilang platform termasuk Steam, PlayStation 5, Epic Games Store dan Tancent WeGame.

    Menurut data Steam, “Black Myth: Wukong” telah menyaksikan seramai 1.04 juta pemain serentak hanya sejam selepas pelancaran, serta-merta merampas tangga teratas senarai “permainan paling kerap dimainkan” di platform tersebut.

    Susulan pelancaran, syer saham China di sektor-sektor sukan elektronik dan hiburan media merekodkan kenaikan besar, khususnya bagi syarikat Zhejiang Publishing & Media yang menerbitkan judul tersebut, yang melonjak hingga ke had hariannya pada sesi pagi.

    Malahan, pada fasa prajualan yang bermula pada Jun, peminat yang bermain versi percubaan telah berkongsi pengalaman mereka atas talian, mencetuskan perbincangan hangat mengenainya.

    “(Permainan ini) cantiknya memegunkan, animasinya sangat licin, menerapkan unsur-unsur budaya China yang dalam sekali, dan timbul sejenis kepuasan yang luar biasa untuk pemain beraksi sebagai Raja Monyet mengalahkan bermacam-macam jenis makhluk khayalan dengan tongkat yang boleh dipanjangkan,” ulas Mitchell Saltzman, pengarang outlet media permainan video IGN, selepas mencuba sendiri untuk kali pertama.

    “Black Myth: Wukong” mengambil inspirasi daripada “Pengembaraan ke Barat”, salah satu epik klasik China yang paling diminati. Novel tersebut berkisarkan perjalanan seorang sami dan tiga orang pengikut, dengan watak utamanya Sun Wukong atau sang Raja Monyet yang terkenal kerana memiliki kebolehan ghaib dan juga sifatnya yang nakal.

    Permainan ini menjalin riwayat wira yang kaya dengan emosi, menggabungkan unsur-unsur budaya tradisional China dengan estetika Timur yang tersendiri, di samping juga menarik minat pengguna antarabangsa.

    Orang ramai mencuba “Black Myth: Wukong” di gerai Game Science pada Gamescom 2023 di Cologne, Jerman, 23 Ogos 2023. (Xinhua/Zhang Fan)

    Orang ramai mencuba “Black Myth: Wukong” di gerai Game Science pada Gamescom 2023 di Cologne, Jerman, 23 Ogos 2023. (Xinhua/Zhang Fan)

    Babak-babak dalam permainan ini dengan terperincinya mereplikakan seni bina dan ikon keagamaan China purba, hasil penyelidikan rapi yang meliputi banyak provinsi dan bandar di merata negara Tembok Besar. Baru-baru ini, Jabatan Budaya dan Pelancongan Provinsi Shanxi menyiarkan satu siri video promosi untuk “Black Myth: Sun Wukong”, menonjolkan pelbagai mercu tanda budaya terkenal yang digunakan sebagai lokasi penggambaran permainan video itu, misalnya Kuil Xiaoxitian, Kuil Yu Huang dan Kuil Tiefo.

    “Dunia di dalam Black Myth: Wukong sangat kaya, kerana diilhamkan oleh mitos China dan mengekalkan banyak estetika seni tradisional China yang memberikan permainan video ini rupa dan rasa yang istimewa walaupun menggunakan grafik yang hiper-realistik,” komen Kazuma Hashimoto, seorang pengulas permainan video.

    “Black Myth: Wukong” bukan sahaja satu pencapaian signifikan dalam pembangunan permainan video, tetapi juga berfungsi sebagai jambatan dalam penceritaan budaya, yang memperkenalkan elemen-elemen naratif China yang berharga kepada pengguna global.

    Dari segi kesan bunyi, alat tradisional China seperti suona, pipa, gendang dan guzheng menghasilkan melodi-melodi utama. Ini digabungkan pula dengan sentuhan muzik piano dan orkestra Barat untuk meluaskan lagi naratif megah yang dibentangkan. Pengalaman audiovisual yang menjadi sajian mendapat sanjungan pemain-pemain asing. Antaranya, ramai yang menggambarkannya sebagai “cukup hebat”.

    Menurut pemerhati, daripada “Journey to the West” sehinggalah “Black Myth: Wukong”, budaya tradisional China terus-menerus diekspresikan, dibayangkan semula dan dijalin - semakin hari semakin memenuhi cita rasa antarabangsa sambil menonjolkan daya tarikan interaksi silang budaya dan saling belajar.

    Tangkap layar tak bertarikh yang disediakan oleh Game Science ini memaparkan satu babak dalam permainan video “Black Myth: Wukong.” (Foto/Xinhua)

    Tangkap layar tak bertarikh yang disediakan oleh Game Science ini memaparkan satu babak dalam permainan video “Black Myth: Wukong.” (Foto/Xinhua)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>