- Lain-lain
Filipina Digesa Hentikan Provokasi dan Fitnah
Filipina tidak mempedulikan nasihat dan amaran China, berkeras menghantar kapal 3002 menceroboh masuk ke perairan sekitar Xianbin Jiao di Kepulauan Nansha China secara haram, dan melakukan tindakan provokasi.
Selain itu, kapal 3002 Filipina secara berbahaya mendekati dan berlanggar dengan bot 21551 Pengawal Pantai China (CCG) yang menjalankan misi penguatkuasaan undang-undang, sehingga berlakunya insiden pelanggaran.
Tanggungjawab insiden itu adalah di pihak Filipina, kata jurucakap CCG, Gan Yu pada Ahad.
Beliau berkata, langkah yang diambil CCG untuk mengiring, memantau, mengawal, menghalang dan mengusir kapal Filipina terbabit adalah mengikuti prosedur dan munasabah.
Beliau menegaskan bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan perairan sekitarnya, termasuk Xianbin Jiao.
CCG bertekad untuk membela kedaulatan negara dan memelihara kepentingan maritim, di samping menjalankan misi penguatkuasaan di perairan terbabit mengikut undang-undang," kata Gan Yu lagi.
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Tentera China Usir Pesawat Filipina Mengikut Undang-Undang
- CCG Iring, Pantau dan Kawal Kapal Filipina di Sekitar Sabina
- AS Didesak Tarik Balik Peluru Berpandu Jarak Sederhana dari Filipina
- China, Filipina Capai Aturan Sementara Kendali Situasi Terumbu Ren'ai
- Filipina Didesak Tarik Balik Kapal Perang yang "Bersarang" di Ren'ai Jiao
- Filipina Digesa Hentikan Tindakan Provokatif
- Filipina Digesa Hentikan Provokasi
- Kenyataan Filipina Memutarbelitkan Fakta Sejarah
- CCG Kawal Perahu Filipina yang Ceroboh Perairan China
- Pengawal Pantai China Jalan Latihan Penyelamatan di Sekitar Pulau Huangyan