- Lain-lain
Rondaan Bersama Sungai Mekong ke-144 Berakhir dengan Jayanya
Pada pagi 22 Ogos, satu bot penguatkuasa undang-undang China pulang dengan selamat dan berlabuh di dok polis Jingha di Xishuangbanna, China, menandakan rondaan bersama ke-144 China-Laos-Myanmar-Thailand dalam operasi penguatkuasaan undang-undang di Sungai Mekong berakhir dengan jayanya.
Terdapat lima kapal serta bot dan lebih 140 orang penguatkuasa undang-undang dari empat negara yang telah ditugaskan dalam menjalankan rondaan bersama di kawasan aliran seperti Muang Mo dan "Segi Tiga Emas" Sungai Mekong, yang membabitkan pelayaran sepanjang 600 km lebih, dan memakan masa empat hari tiga malam.
Semasa operasi itu berlangsung, keempat-empat negara telah mengadakan sesi pertukaran maklumat di Wan Pong Myanmar untuk bersama-sama menganalisis dan meneliti situasi keselamatan di kawasan aliran Sungai Mekong baru-baru ini, menjalankan perundingan dan pertukaran serta mencapai konsensus mengenai meningkatkan siasatan bersama di darat dan sungai, pertukaran dan perkongsian maklumat, penyiasatan dan pengendalian kes bersama, serta membanteras jenayah rentas sempadan.
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Beijing Anjur Aktiviti Pertingkat Pertukaran Seni Budaya Rantau Lancang-Mekong
- LMC Dorong Pembangunan Bersama Negara-negara Berkenaan - Tokoh Politik Myanmar
- Li Qiang Hadir Mesyuarat Pemimpin Ke-4 Kerjasama Lancang-Mekong
- Li Qiang Bakal Hadir Mesyuarat Pemimpin LMC ke-4
- Mesyuarat Menteri Luar ke-8 LMC Sasarkan Kerjasama Multilateral
- Sidang Kemuncak Media LMC 2023 Dianjurkan di Beijing
- Sambutan Ulang Tahun ke-7 Kerjasama Lancang-Mekong di Myanmar
- Pameran Macadamia Berlangsung di Myanmar
- Myanmar Lancarkan Tujuh Projek Dana Khas LMC