- Lain-lain
China, Afrika Selatan Eratkan Lagi Hubungan Kerjasama (2)
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa mengadakan perbincangan di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang Isnin, dan turut mengumumkan peningkatan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik dalam segenap aspek untuk era baharu.
Xi menekankan bahawa terdapat tiga perkara yang perlu digariskan semula dalam perkembangan hubungan dua hala, iaitu garis panduan dalam bidang politik untuk kemajuan bersama, kerjasama yang berorientasikan sama untung dan sama menang, dan peningkatan kebersamaan dalam kalangan rakyat secara turun-temurun.
"Forum Kerjasama China-Afrika berperanan sebagai teladan bagi Kerjasama Selatan-Selatan dan juga peneraju bagi kerjasama masyarakat antarabangsa membabitkan Afrika. China bersedia bersama-sama dengan pelbagai negara Afrika termasuk Afrika Selatan terus mencetuskan momentum baharu untuk menggalakkan kerjasama yang berkualiti," kata Xi.
"Semakin rumit situasi antarabangsa, semakin mendesak bagi negara-negara 'Selatan Global' untuk meningkatkan kemandirian, perpaduan dan koordinasi, dan sinergi memelihara keadilan dan kesamarataan di persada antarabangsa. China bersedia meningkatkan koordinasi multilateral dengan Afrika Selatan dalam senario global, dan memberi sokongan yang jitu kepada Afrika Selatan yang bertugas selaku pengerusi bergilir Kumpulan 20 pada tahun depan," tambah beliau.
Sementara itu, Ramaphosa dalam perbincangan tersebut pula menyatakan bahawa Afrika Selatan bersedia terus menjadi sahabat China yang boleh dipercayai, memanfaatkan penjalinan perkongsian strategik dalam segenap aspek untuk era baharu dengan China, meneroka dan memperdalam kerjasama dalam bidang pelaburan ekonomi dan perdagangan, infrastruktur, sumber tenaga alternatif dan pembasmian kemiskinan, mengeratkan pertukaran dan lawatan dalam bidang sosiobudaya dan pendidikan supaya dapat membuahkan hasil yang lebih banyak dalam perkembangan hubungan dua hala yang dilihat kondusif bagi pemodenan Afrika Selatan.
"Afrika Selatan konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China,"tambah beliau.
Selepas perbincangan itu berakhir, kedua-dua pemimpin bersama-sama menyaksikan penandatanganan sejumlah dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan pelbagai bidang.
- Terokai Chengdu, Bandar Penuh Riang dan Bertenaga
- Teroka Khazanah Seni Bina Shanxi dalam “Black Myth: Wukong”
- Sekilas Pandang Pintu Sempadan di Seluruh China
- KBRI Jemput Warga China Rasa Keunikan Budaya Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- China Komited Perkasakan Kerjasama dengan Kerajaan Baharu Afrika Selatan
- Ketua Legislatif China Bakal Lawat Singapura dan Afrika Selatan
- Xi Utus Tahniah Ramaphosa Kekal Presiden Afrika Selatan
- Pasaran, Teknologi China Tawar Peluang kepada Perintis Keusahawanan
- Xi Bertemu Timbalan Presiden Afrika Selatan
- Presiden Xi Dihadiahkan "Pingat Afrika Selatan"
- Pertemuan antara Xi dan Ramaphosa Berhasil
- Lonjak Hubungan China-Afrika Selatan ke Tahap Baharu: Xi
- Loji Kuasa Angin Syarikat China Sumbang kepada Kesejahteraan Rakyat Afrika Selatan
- Lawatan Xi Kondusif bagi Kerjasama China, Afrika