- Lain-lain
CIFTIS Sediakan Platform bagi Kerjasama Pendidikan antara Negara ASEAN dengan China
Dalam majlis perasmian pameran perkhidmatan pendidikan sempena Ekspo Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China (CIFTIS) 2024 pada Jumaat, Universiti Mila Malaysia (MIU) dan Beijing Polytechnic telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik, yang kandungannya merangkumi pertukaran akademik, kelayakan pensyarah, kredit pelajar dan sebagainya.
“CIFTIS telah menyediakan satu platform untuk kami. Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) China amat penting bagi kami, dan kami berharap agar menyumbang lebih banyak kepada peningkatan hubungan Malaysia dengan China melalui kerjasama pendidikan pada masa depan.” Demikian dikatakan seorang petugas kerjasama MIU dengan IPT di Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei China, Yan Fengtao.
Di zon pameran perkhidmatan pendidikan dalam CIFTIS tahun ini, boleh kelihatan sejumlah IPT dari negara ASEAN termasuk Malaysia, Vietnam, Kemboja, Thailand dan Indonesia yang sibuk dalam perbincangan dengan perwakilan China tentang bekerjasama memudahkan mobiliti pelajar di luar negara, mengadakan pertukaran dan menyediakan pakej 'pelancongan + pembelajaran'.
Menurut maklumat lain, pameran pendidikan CIFTIS 2024 telah menarik penyertaan sebanyak 97 buah agensi antaranya termasuk 40 buah badan pelaburan asing.
- Guru, Penyuluh Hidup Kanak-kanak di Gunung
- Selamat Kembali ke Sekolah, Para Pelajar!
- CAECW 2024 Buka Tirai, Tawar Lebih 70 Aktiviti
- China Azam Mahu Lahirkan Guru Berkualiti Tinggi, Perkuat Sektor Pendidikan
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Kerjasama Pendidikan China-ASEAN Semakin Erat Berkat Program "Lambaian Seribu Sekolah"
- China, UNESCO Lanjutkan Program Biasiswa 'Tembok Besar'
- Martabatkan Kuliah Etika & Patriotisme dalam Kurikulum Sekolah - Xi
- Program STEM China Antara Terbaik di Dunia
- Taburan Pelajar China di Luar Negara Semakin Pelbagai