• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Kerja-kerja Baik Pulih Istana Berusia 500 Tahun di Paksi Tengah Beijing Selesai Sepenuhnya

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 18 September 2024

    Foto bertarikh 5 September 2024 ini mempamerkan dewan kompleks utama Istana Qingcheng di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Luo Xin)

    Foto bertarikh 5 September 2024 ini mempamerkan dewan kompleks utama Istana Qingcheng di Beijing, ibu negara China. (Xinhua/Luo Xin)

    Kerja-kerja membaik pulih kompleks Istana Qingcheng, iaitu tempat pemakaman diraja di paksi tengah Beijing yang penuh bersejarah telah siap sepenuhnya, lapor agensi berita Xinhua.

    Difahamkan, proses pembaik pulihan istana yang dibina pada zaman Dinasti Ming (1368-1644) itu memakan masa selama 15 bulan dan bakal dibuka kepada kunjungan awam tidak lama lagi.

    Istana yang terletak dalam Altar Tuhan Pertanian turut digelar sebagai Kuil Xiannongtan. Ia yang dahulunya dikenali sebagai Zhaigong iaitu istana berpuasa, merupakan tempat bagi para maharaja berpantang daripada hidangan berat dan meditasi sebelum beribadah.

    Pada zaman Dinasti Qing (1644-1911), ia dijenamakan semula kepada Istana Qingcheng, sekali menjadi tempat maharaja mengadakan upacara perayaan selepas upacara penanaman sambil berdoa untuk tuaian yang baik.

    Untuk rekod, kerja-kerja pemulihan telah bermula pada Jun tahun lalu, dengan mengamalkan pendekatan "intervensi minimum," yang memberi tumpuan kepada pembaikan yang disasarkan untuk peninggalan budaya yang rosak, seperti jubin dan dinding, serta menggunakan bahan tradisional untuk menurap tanah di halaman.

    Selain itu, pengubuah suaian sistem perparitan dan kerja-kerja melengkapkan rumah dengan penyaman udara dan kemudahan lampu yang diperlukan turut dilaksanakan, disamping pemasangan sistem pemantauan keselamatan, sistem air pemadam kebakaran dan kemudahan penambat kilat.

    Pan Wei, timbalan pengarah Muzium Seni Bina Purba Beijing, berharap agar Istana Qingcheng akan menjadi tempat untuk pelawat merasai budaya tradisional dan bagi pakar untuk mengadakan pertukaran akademik mengenai warisan budaya dunia, dengan menyifatkan ia sebagai mampu meningkatkan lagi kesedaran orang ramai tentang perlindungan warisan sejarah dan budaya.

    Terbentang sehingga 7.8 kilometer dari Pintu Yongding di selatan ke Menara Loceng dan Gendang di utara, paksi tengah Beijing dibina mengikut susun atur teras ibu kota yang ideal, iaitu mahkamah diraja di hadapan, pasar di belakang, makam nenek moyang di sebelah kiri, dan altar pengorbanan di sebelah kanan.

    Pada Julai lalu, istana itu turut disenaraikan dalam warisan budaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>