- Lain-lain
Festival Beli-belah Antarabangsa China-ASEAN 2024 Dirasmikan di Guangxi
Pelancaran Festival Beli-belah Antarabangsa China-ASEAN 2024. (Foto ihsan penganjur) |
Satu majlis dianjurkan bagi mempromosi kerjasama e-dagang rentas sempadan China-ASEAN di Nanning, ibu wilayah Guangxi, pada Selasa. Festival Beli-belah Antarabangsa China-ASEAN 2024 juga dirasmikan pada majlis itu.
Difahamkan, festival itu berlangsung dari September hingga Oktober dan terbahagi kepada lima tema, iaitu bayar dengan pembayaran mudah alih, membeli-belah dengan harga mampu milik, cuba produk bantu tingkatkan kualiti hidup, menjamu selera dan bersantai, dan membeli barangan ASEAN.
Guangxi merupakan satu-satunya wilayah China yang bersempadan dengan negara-negara ASEAN sama ada di darat mahupun di laut. ASEAN juga rakan dagang terbesar Guangxi selama 24 tahun berturut-turut. Beberapa tahun ini, Guangxi giat berusaha untuk mengembangkan perniagaan e-dagang dengan negara-negara ASEAN dan meningkatkan perdagangan China-ASEAN ke tahap yang lebih tinggi.
- Produk Vietnam, Guangxi, Xinjiang yang Jadi Pilihan Pengguna
- Perdagangan Buah-buahan Antara China, ASEAN Berkembang Maju
- Import Eksport Kargo China RMB28.58 Trilion Lapan Bulan Pertama 2024
- Import Eksport Guangxi ke ASEAN Naik 26.7%, Cecah RMB185 Bilion
- Data NBS: Dagangan China, Negara BRI Tumbuh 5.5%
- Duta Besar Malaysia Seru Industri China Manfaatkan MCS 2024
- Guangxi Mahu Jadi Hab Dagang Antarabangsa
- ASEAN Kekal sebagai Rakan Dagang Terbesar China
- Import Eksport Guangxi 2023 dengan ASEAN, RMB339 Bilion
- CCPIT: Lebih 70% Syarikat China Rancang Perluas Perniagaan di ASEAN