- Lain-lain
Platform Domestik Umum Tindakan Sokongan Kerjasama E-dagang
Majlis promosi kerjasama e-dagang rentas sempadan China-ASEAN diadakan di Nanning, wilayah Guangxi pada petang 24 September.
Platform-platform e-dagang terkenal China seperti Taobao, JD.com dan Meituan serta beberapa syarikat e-dagang rentas sempadan telah mengumumkan tindakan sokongan mereka menerusi format video bagi merancakkan lagi kerjasama melibatkan e-dagang.
Menurut pengumuman, mereka akan giat mempromosi jualan atas talian produk-produk dari negara tamu Vietnam dan wilayah tamu Xinjiang yang dipilih untuk acara kali ini. Melalui wadah e-dagang, mereka juga akan membawa produk-produk berkualiti dari ASEAN dan kawasan barat China ke serata dunia.
Pada masa yang sama, satu siri aktiviti promosi pengguna turut diadakan dalam jadual Musim Pengguna Antarabangsa China-ASEAN, termasuk lebih 500 acara promosi seperti pemilihan produk terbaik dari ASEAN untuk festival beli-belah atas talian. Ini penting peranannya dalam menggalakkan logistik rentas sempadan serta aliran komersial dan aliran data antara China dengan ASEAN, sekali gus mengoptimumkan ekosistem dan rantaian industri e-dagang rentas sempadan. Ini justeru akan merancakkan pertukaran ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua belah.
- Produk Vietnam, Guangxi, Xinjiang yang Jadi Pilihan Pengguna
- Perdagangan Buah-buahan Antara China, ASEAN Berkembang Maju
- Import Eksport Kargo China RMB28.58 Trilion Lapan Bulan Pertama 2024
- Import Eksport Guangxi ke ASEAN Naik 26.7%, Cecah RMB185 Bilion
- Data NBS: Dagangan China, Negara BRI Tumbuh 5.5%
- Duta Besar Malaysia Seru Industri China Manfaatkan MCS 2024
- Guangxi Mahu Jadi Hab Dagang Antarabangsa
- ASEAN Kekal sebagai Rakan Dagang Terbesar China
- Import Eksport Guangxi 2023 dengan ASEAN, RMB339 Bilion
- CCPIT: Lebih 70% Syarikat China Rancang Perluas Perniagaan di ASEAN